Bintang selebriti LUX Fazura turun padang bertemu peminat!
Para peminat Nur Fazura yang berhasrat memeriahkan halaman facebook mereka dengan gambar peribadi bersama bintang itu berpeluang melakukannya apabila beliau bertemu peminatnya pada 1 Julai 2011 nanti.
Bintang selebriti LUX itu akan berada di pusat membeli-belah Mydin USJ, ruang legar tingkat 1 bermula 3.00 petang – 5.00 petang sempena pelancaran rangkaian mandian badan kecantikan “LUX Soft & Silky Smooth”.
Peminat yang membeli sebotol produk LUX akan dihadiahkan dengan autograf Fazura dan berpeluang bergambar bersama beliau. Semasa di sana, beliau juga akan menghebahkan kepada para peminat tentang peraduan menarik pada bulan Syawal yang eksklusif di Mydin, yang termasuk peluang mempelajari tip-tip kecantikan daripada beliau diikuti dengan makan malam bersama bintang kegemaran peminat itu.
Kemewahan, tarikan dan rasa sensual rangkaian “Soft and Smooth” LUX baru dapat dinikmati dalam dua varian berharga:
• LUX Soft Touch – menjanjikan kulit sehalus sutera yang pastinya mengundang pandangan penuh kagum. Mandian badan ini diperkaya dengan ekstrak protein sutera eksklusif dan krim ceri yang melembapkan dengan membantu mengekalkan lembapan pada kulit.
• LUX Velvet Touch – diperbuat daripada campuran ekstrak protein sutera dan krim aprikot yang membentuk lapisan berkrim nipis pada kulit, menjadikannya terasa lembut, licin dan gebu seperti kulit bayi!
Mengenai Lux
LUX mula diperkenalkan sebagai sabun mandi 1925. Dihasilkan oleh Lever Brothers, ia tiba di UK pada 1928, dengan menjanjikan bersamanya rahsia yang dijaga rapi oleh Perancis bagi menghaluskan kulit, memberi aspirasi tetapi mudah didapati. Sejak detik pelancarannya lagi, LUX sentiasa percaya pada strategi bintang yang dikatakan menjadi Jagaan Kecantikan Kegemaran Hollywood.
LUX percaya bahawa berkelakuan cantik adalah satu cara mempersembahkan wajah terbaik anda kepada dunia dan memaksimumkan apa yang anda miliki. Ia merupakan pilihan sedar untuk menjadi cantik dan menikmati keseronokan menggunakan kecantikan anda. LUX menjadikannya mungkin buat setiap wanita untuk menjadi cantik dalam banyak cara yang memuaskan.
Pada 1950-an, LUX tiba di Malaysia dengan membawa bersama-samanya barisan bintang global seperti Aishwarya Rai, Priyanka Chopra, Rachel Weiz hingga kepada bintang LUX tempatan seperti Amy Mastura, Sheila Majid, Fauziah Latiff dan Erra Fazira. Warna sabun dan bungkusan LUX diubah beberapa kali bagi menggambarkan trend fesyen. Pada 1958, lima warna menerajui rangkaian: merah jambu, putih, biru, hijau dan kuning.
Bagi 2011, keseluruhan rangkaian LUX bakal dilancarkan semula di Malaysia bagi membawakan teknologi baru dan bungkusan baru. Rangkaian LUX ini terdiri daripada Soft Touch, Velvet Touch, Magical Spell, Secret Bliss, White Impress dan Wake Me Up. Pada 2011, LUX juga diiktiraf sebagai jenama sabun nombor satu di Asia.