Tahun 2015 pastinya memberi seribu makna buat pelakon dan selebriti terkenal yang jelita sorang ni… Nur Fathia Latiff. Budiey mendapat berita dari sumber yang boleh dipercayai, Nur Fathia akan dilantik menjadi duta produk kecantikan AVON. Kalau betullah berita ini, Budiey ucapkan tahniah buat Fathia. Satu permulaan yang baik untuk tahun 2015.
Selepas pelantikan Neelofa, Fazura, Scha Alyahya dan ramai lagi selebriti wanita jelita, tiba masanya rezeki berpihak kepada Fathia pula. Apa yang Budiey dengar, Fathia akan menjadi duta kepada produk haruman terbaru keluaran AVON. Sesuailah dengan pembawaan dan imej AVON yang inginkan kesempurnaan pada kejelitaan wajah Melayu dan untuk wanita moden. Kalau lalu atau berselisih bahu dengan Fathia tu mestilah bau haruman AVON kan?
Khabarnya, Nur Fathia akan tampil buat pertama kalinya di satu majlis pelancaran produk 2015 ini di sebuah hotel terkemuka esok.
Apa-apa pun tahniah sekali lagi Fathia, nanti kita jumpa esok, okay?