in ,

NTV7 Siar Drama Bersiri Mata-Mata Dari Singapura

Rancangan apresiasi khas buat wanita diteruskan oleh stesen Saluran Ceria Anda, ntv7. Sebelum ini saluran itu menerbitkan dokumentari khas mengenai lima wanita berkredibiliti di dalam Bella Hopes. Malah laporan istimewa tentang peranan wanita dalam pasukan polis juga diselitkan di dalam rancangan temu bual popularnya, Bella sempena Hari Polis ke 207.

Sinonim dengan stesen yang mengangkat martabat golongan wanita, maka tidak hairanlah jika ntv7 mendedikasikan sebuah lagi rancangan buat golongan itu dalam drama bersiri khas Singapura, Mata-Mata yang mengisahkan pasukan pegawai polis wanita pertama yang ditubuhkan ketika pasca perang pada tahun 1950an – 1960an di Singapura yang juga dipanggil sebagai mata-mata.

NTV7 Siar Drama Bersiri Mata-Mata Dari Singapura

Perintis polis wanita dalam drama bersiri Mata-Mata di ntv7

[dropcap]M[/dropcap]ata-Mata diinspirasikan daripada kisah kehidupan seorang Assistant Superintendent wanita dalam pasukan pada tahun 1961, Mary Quintal nee Voon. Kisah menarik ini diterajui oleh tiga watak utamanya yang dibawa oleh pelakon yang berbakat Elizabeth Lee (lakonan Cheryl Wee), Hani Rahmat (lakonan Nadiah M Din), Tan Siew Lan (lakonan Daniella Sya) selain bergandingan dengan Lim Seng Hock (lakonan Daren Tan), Henry Ridley (lakonan Jason Godfrey) dan Yoke Lien (lakonan Aileen Tan). Mata-Mata akan bersiaran bermula 31 Mac 2014, setiap hari Isnin jam 8.30 malam.

Bagi gadis berusia 26 tahun, Cheryl Wee, Mata-Mata merupakan ruang terbaik dalam menyerlahkan bakat lakonannya walaupun sebelum ini dikenali menerusi pertandingan ratu cantik (Pemenang Miss Singapore Universe 2009 dan naib johan Miss Chinese International Pageant 2012) selain kerjaya nyanyiannya menerusi album sulungnya, ‘One Fine Day’ yang diterbitkan pada tahun 2012. Cheryl amat bersungguh-sungguh dalam mendapatkan watak sebagai ‘Elizabeth Tan’ kerana pernah ditolak dalam ujibakat sebelum ini dan gembira kerana berjaya ditawarkan peranan tersebut.

Manakala pelakon dan model kelahiran Malaysia, Daniella Sya pula bersedia memainkan watak sebagai seorang pegawai yang tangkas kerana pernah mempelajari ilmu silat gayung sebelum ini. Malah dia juga pernah membawakan watak gadis feminin dan watak yang memerlukan dia beraksi lasak ketika di Malaysia. Apabila dia ditawarkan watak ‘Siew Lan’, dia amat teruja kerana dia dapat melihat watak sebgai gabungan kedua-dua perwatakan yang sering beliau lakonkan.

NTV7 Siar Drama Bersiri Mata-Mata Dari Singapura

Nadiah M Din pula memang tidak asing dalam pengalaman bidang lakonan malah pernah memainkan pelbagai watak dari watak serius mahupun kepada watak lucu. Gadis berusia 23 tahun ini juga pernah memainkan watak sebagai pelakon sampingan menerusi drama bersiri The Kitchen Musical yang pernah disiarkan di ntv7 suatu ketika dahulu. Pada mulanya dia kurang yakin bahawa uji bakatnya sebagai ‘Hani Rahmat’ berjaya namun bakatnya berjaya membuat Nadiah terpilih. Di antara produksi yang pernah melibatkan nadiah adalah seperti Anak Metropolitan (2012), Balik Sekolah (2012), Step Puteri (2011) di mana siri yang diterbitkan di Singapura ini semuanya di dalam Bahasa Inggeris.

Penggambaran untuk Mata-Mata kebanyakannnya adalah di Batam di mana siri ini mengisahkan tiga pegawai polis wanita yang baru menyertai pasukan itu dilayan secara berasingan di mana mereka hanya lebih kepada diberikan tugasan pejabat.

Drama ini bermula dengan watak Elizabeth Lee, gadis berusia 19 tahun yang baru sahaja menamatkan Cambridge O’ Levels yang kemudiannya dipaksa ibunya, Yoke Lien untuk membuat keputusan sama ada untuk bekerja atau terus berkahwin. Memang menjadi kebiasaan gadis era itu berkahwin dalam usia muda namun Elizabeth, gadis yang sukakan cabaran memilih untuk menyertai pasukan polis. Turut sama menyertai keputusannya itu adalah dua rakan wanitanya, Tan Siew Lan dan Hani Rahmat yang bertekad untuk berjaya di dalam lapangan itu walaupun tidak mendapat sokongan keluarga.

Namun, setelah berjaya menempatkan diri di dalam pasukan tersebut, mereka kecewa kerana mereka diberikan tugasan dalam menyediakan kertas kerja dan tugasan pejabat berbanding menyelsaikan masalah jenayah di kawasan mereka. Namun di sebalik kekecewaan itu mereka berazam untuk mendapatkan kepercayaan pihak atasan bahawa mereka juga bersedia untuk berhadapan dengan cabaran fizikal dalam mengendalikan tugasan di lapangan. Walaubagaimanapun, semuanya tidak semudah yang disangkakan. Elizabeth yang bersifat vokal dan idealistik menyebabkan perbalahan dalaman di antara pasukannya manakala Siew Lan pula mengalami konflik apabila salah seorang ahli keluarganya mula terlibat dengan sekumpulan geng jahat.

Drama ini pastinya bakal memperlihatkan usaha pihak polis pada era itu dalam membendung jenayah. Antara kes yang bakal mereka tangani adalah maslah yang diwujudkan oleh dua buah kumpulan jenayah yang bergeseran iaitu kumpulan Ang Huay dan The Red Butterfly. Malah rusuhan juga terjadi apabila seorang kanak-kanak wanita yang dibesarkan keluarga Melayu diarahkan untuk kembali kepada ahli keluarga kandungnya yang sebenar. Elizabeth dengan pantas sentiasa cuba menyelesaikan setiap kes dan usahanya itu mula dilihat dan mendapat perhatian oleh pegawai atasan. Manakala Hani masih tersekat dengan tugasan pejabat dan mula memikirkan cabaran sebenar sebagai pegawai polis.

Konflik percintaan juga tidak lari daripada drama ini apabila salah seorang geng Ang Huay, Seng Hock jatuh cinta pada Elizabeth namun kerana perbezaan dunia dan latar belakang, mereka saling menyembunyikan perasaan.

NTV7 Siar Drama Bersiri Mata-Mata Dari Singapura

Kisah hidup Siew Lan pula jauh berbeza sebelum menyertai pasukan itu. Siew Lan yang hidup bersama adik lelakinya mula menghadapi pelbagai kesukaran hidup selepas kematian ayahnya. Lebih memburukkan apabila kerana janjinya untuk berkahwin dengan rakan ayahnya menyebabkan dia lebih sengsara kerana penderaan fizikal dan mental suaminya. Ternyata andaian mendiang ayahnya berbeza kerana walaupun berkahwin dengan pemilik restoran yang disangkakan mampu membawa kebahagiaan.

Siew Lan semakin terseksa apabila sebagai isteri ketiga, di dihalau keluar oleh madu-madunya selepas kematian suami. Namun kekecewaan itu menyebabkan dia lebih bersemangat dalam meneruskan hidupnya. Peluang menyertai pasukan polis tidak akan dipersiakan Siew Lan untuk kebaikan adik dan dirinya.

Sementara itu kerjaya Elizabeth semakin berkembang manakal Hani pula bergolak dalam membuktikan kepada ayahnya bahawa dia mampu menjadi pegawai polis yang berkredibiliti tinggi. Tetapi prestasi hani jika dibandingkan dengan Elizabeth jauh berbeza. Walupun bersahabat baik sejak dari dulu lagi, hubungan persahabatan mereka semakin teruji. Apatah lagi apabila Elizabeth ditawarkan untuk mengikuti latihan di akademi Polis London walaupun tawaran itu pada mulanya diberikan kepada Hani. Adakah pergeseran diantara dua orang sahabat ini bakal terlerai. Adakah tiga orang polis wanita ini berjaya menjadi pegawai polis yang disegani?

Saksikan siri yang padat dengan aksi serta cabaran pasukan polis wanita di Singapura dalam Mata-Mata di Saluran Ceria Anda, ntv7 setiap hari Isnin jam 8.30 malam. Mata-Mata mula bersiaran sejak 31 Mac 2014.

Maklumat lanjut layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my.

NTV7 Siar Drama Bersiri Mata-Mata Dari Singapura

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Terkenal di Konsert Stanza Cinta Istana Budaya

TV2 Siar Filem Melayu Klasik Lain Jalan Ke Shorga