in ,

NR Bersama Rakan Jayakan Program Amal NR4FRIDAYS Peka COVID-19

NR atau atau dikenali sebagai Nona Roguy sebelum ini merupakan Pelopor Industri Herba Negara dan telah menerajui industri herba negara lebih 30 tahun di pasaran.

Sebagai satu jenama yang berteraskan perubatan komplementari tradisional, NR buat julung-julung kalinya akan melancarkan program amal NR4FRIDAYS bersama rakan-rakan strategik dengan objektif menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan buat petugas barisan hadapan yang telah berkorban masa, tenaga dan komitmen menyumbang bakti buat negara dalam menangani wabak Covid-19.

NR4FRIDAYS juga berinspirasi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang pentingnya menjaga kesihatan dalaman dan luaran semasa negara melalui fasa pemulihan pandemik Covid-19.

posteranzalna

NR4FRIDAYS merupakan inisiatif yang bukan bersifat keuntungan dan akan memfokuskan kepada:-

  • • 4 siri sumbangan makanan/keperluan asas untuk petugas barisan hadapan 
  • • 4 siri IG LIVE Amal bersama Rakan Selebriti NR 

NR4FRIDAYS digunakan sebagai tema sumbangan NR bersama rakan adalah kerana, sumbangan ini akan dijalankan selama empat minggu pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan September ini.

NR4FRIDAYS mengambil inisiatif sumbangan pada hari Jumaat kerana mengambil keberkatan Jumaat sebagai penghulu segala hari bagi mendapatkan kerahmatan dan keistimewaan dalam menjalankan aktiviti amal jariah. 

Sumbangan Jumaat pertama 10 September, NR dan rakan-rakan akan menziarahi Hospital Sungai Buloh dan akan membuat serahan sumbangan pek makanan dan minuman, telefon tanpa wayar (cordless phone), peralatan tulis dan telefon bimbit dan sedikit peralatan keperluan asas kepada Unit ICU Hospital Sungai Buloh.  Program sumbangan akan diteruskan pada setiap Jumaat berikutnya iaitu pada 17 September, 24 Oktober dan 1 Oktober seperti yang telah dirancangkan.

Selain daripada sumbangan makanan dan keperluan asas kepada barisan hadapan, NR dan rakan juga akan menganjurkan Program IG Live Amal NR4FRIDAYS dan telah mengaturkan empat siri di platform Instagram secara “cross live” bersama rakan selebriti secara 4 minggu berturut-turut dijadualkan pada setiap hari Jumaat 9 malam. 

  1. 1. Anzalna Nasir 10 September 2021 
  2. 2. Farah Nabilah 17 September 2021
  3. 3. Betty Rahmad 24 September 2021
  4. 4. TBC. 1 Oktober 2021

Program IG Live Amal NR4FRIDAYS ini akan berkongsi dan menyentuh pelbagai isu berkaitan kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental semasa tempoh kawalan kendiri ketika wabak Covid-19 melanda negara. Selain daripada itu IG Live Amal NR4FRIDAYS memberi peluang untuk followers berinteraksi bagi mengupas dan membuat perkongsian ilmiah mengenai Covid-19.

Tajuk yang telah disusun bersama rakan selebriti NR akan menjurus berkaitan program kesedaran kepada masyarakat umum. Tajuk IG Live yang pertama pada 10 September adalah “Pengorbanan” dihoskan oleh Anzalna Nasir yang akan berkongsi pengorbanan jururawat yang bertugas. Minggu kedua Jumaat akan menggunakan tajuk “Stigma” bersama selebriti Farah Nabilah akan membuat perkongsian bersama pakar jemputan dan wartawan jemputan berkaitan stigma masyarakat berkaitan pesakit Covid-19. 

Pada 24 September, NR4FRIDAYS akan meneruskan program IG Live dengan tajuk yang lebih dekat kepada kepentingan vaksin dan kesihatan kanak-kanak semasa pandemik yang akan dikongsi bersama selebtri Betty Rahmad dan tetamu jemputan.

Program terakhir NR4FRIDAYS akan berkongsi berkaitan tajuk yang terlalu dekat dengan masyarakat iaitu “Kesihatan Mental”. Perkongsian ini yang akan disertai bersama seorang lagi selebriti jemputan akan membincangkan kepentingan kesihatan mental yang melibatkan emosi pelbagai isu yang dilalui masyarakat semasa pandemik Covid-19. 

Puan Radhiah Ahmad, Ketua Strategi dan Inovasi NR yang memiliki Ijazah Sarjana di dalam bidang Kewangan Islam akan bersama-sama di dalam program amal IG Live NR4FRIDAYS. Beliau akan berkongsi pengalaman dan cabaran melalui perspektif strategi pengurusan kewangan bagi kepentingan masyarakat umum.

Beliau juga akan mengupas bersama tetamu jemputan berkaitan persediaan mental dan emosi yang masyarakat umum perlu ada dalam negara bersedia melalui fasa pandemik Covid-19 ke endemik seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia.

Syed Hidzir3

Tuan Syed Hidzir Syed Agil, Ketua Pegawai Eksekutif NR berkata “NR4FIRDAYS ini merupakan aktiviti tanggungjawab sosial kami bersama rakan-rakan strategik membuat sedikit sumbangan kepada petugas barisan hadapan.

Matlamat dan tujuan murni NR bersama rakan-rakan membuat sumbangan ini adalah untuk pihak kami menyantuni penjawat awam yang telah menyumbang bakti berkorban masa dan tenaga sehingga ada yang terpaksa meninggalkan keluarga demi menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan” 

“Saya juga berharap semoga program IG Live Amal NR4FRIDAYS yang bakal kami anjurkan mencapai matlamat seperti yang diharapkan iaitu untuk berkongsi bersama followers IG berkaitan kepentingan menjaga kesihatan semasa pandemik ini dan untuk memberi kesedaran pentingnya bagi masyarakat umum mengambil vaksin. Bersama-sama kita bantu negara bebas Covid-19.” tambah Syed Hidzir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lelaki Hayun Sabit Depan Balai Polis Gopeng Positif Dadah

“Vaksin Ke Tak, Saya Tetap Tak Boleh Berlakon,” – Lana Nodin Balik Amerika Syarikat