BERSIAP SEDIALAH! 8TV DAN AIR ASIA X AKAN MEMBAWA ANDA MERASAI PENGALAMAN UNIK DI AUSTRALIA
Menjelajah dunia dan mempelajari budaya yang berbeza membantu kita untuk menjadi lebih berpengetahuan, mencabar diri sendiri, melepasi daya batasan kita dan menghargai kenikmatan dunia.
Samada anda berharap untuk terbang tinggi, mengalami pengalaman liar, atau penjelajahan di ke tanah tinggi, Australia adalah tempat untuk anda merasai pengalaman penuh adrenalin ini.
Terkenal di dunia sebagai sebuah negara yang mempunyai keajaiban alam dan ruang yang terbuka lebar, pantai, gurun, daerah pendalaman, Australia juga mempunyai struktur perbandaran yang moden yang menjadikannya sebagai salah satu tempat yang sempurna untuk dikunjungi.
Kali ini, 8TV bersama-sama dengan Air Asia X akan membawa anda merasai pengalaman baru ke Australia melalui sebuah program baru – Now Everyone Can Fly to Australia.
Program ini bakal memaparkan lokasi terbaik dan tempat yang paling menarik untuk dikunjungi di Australia. Program ini juga bertujuan mendalami adab dan budaya di Australia di samping berkunjung ke tempat-tempat yang menarik tanpa perlu membelanjakan wang yang banyak.
Now Everyone Can Fly to Australia adalah sebuah program terbitan 8TV yang bekerjasama dengan Air Asia X.
Setiap isi kandungan episod sudah semestinya disesuaikan dengan matlamat Air Asia yang ingin mempromosikan tawaran pakej istimewa mereka yang cukup berbaloi dan menguntungkan penonton setia. Bersama-sama Ng Kar Yoon yang bertindak sebagai hos, anda dapat melihat pengembaraan hebat beliau dari yang bermula dari Gold Coast, Melbourne, Tasmania hingga ke Perth!
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penaja kami iaitu Air Asia X. Kami percaya banyak tempat di Australia yang boleh diterokai. Sekarang dengan Now Everyone Can Fly to Australia kami mempunyai alasan kukuh untuk menjelajah ke Australia! Saya berharap anda semua bersemangat seperti saya yang tidak sabar-sabar untuk menonton Now Everyone Can Fly to Australia yang akan mula brsiaran pada 13 Februari 2011, jam 7.00 malam secara eksklusif di 8TV” kata Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, En Azran Osman-Rani
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, En Azran Osman-Rani berkata,
”Kami merasa teruja dengan pakatan kerjasama kami dengan 8TV dan bahagian pelancongan di Australia untuk memastikan program ini dapat disiarkan pada masa yang ditetapkan.
Kerjasama ini sesungguhnya adalah sebahagian dari usaha pasukan pemasaran AirAsia X untuk mempromosikan Australia secara agresif bagi menepati sasaran `tagline’ kami – “Everyone Can Fly To Australia”.
Kami berharap agar mendapat tindakbalas positif terhadap permintaan penerbangan ke Gold Coast, Melbourne dan Perth dari rakyat Malaysia dan juga rantau Negara terdekat yang ada menawarkan perkhidmatan AirAsia melalui hasil program kerjasama ini. Untuk makluman semua, kami menawarkan penerbangan terus setiap hari melalui penerbangan bernombor A330.
Penerbangan istimewa ini semestinya dapat memberikan pengalaman yang indah yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh setiap tetamu. A330 adalah pilihan terbaik yang menawarkan pilihan istimewa iaitu Premium Flatbed dan tempat duduk ekonomi yang telah di naikkan taraf dengan kepelbagaian pilihan makanan yang menarik, pilhan hiburan terbaik dan kemesraan tiak berbelah bagi dari krew kabin kami.
Kami berharap agar kerjasama ini dapat berterusan dan dilanjutkan pada organisasi-organisasi pelancongan yang lain dan juga 8TV bagi memastikan program seumpama ini berjaya.”
“Bahagian Pelancongan Australia dan ibu pejabat Pelancongan disini juga berbesar hati mendapat peluang bekerjasama dengan AirAsia X dan 8TV untuk memperkenalkan Australia pada rakyat Malaysia menerusi 10 siri episod program kembara ini.
Melalui program ini, kami berpeluang menonjolkan tempat-tempat dan pengalaman berharga dan tempat-tempat menarik yang boleh rakyat Malaysia dapati apabila melancong ke Australia.
Cik Maggie White, Pengurus Besar Bahagian Asia Tenggara, Pelancongan Australia.
Kami menjemput rakyat Malaysia meneroka 16 tarikan menarik kami yang terkenal didunia, menjelajah ke 600 lokasi National Park kami, melawati keindahan bandar-bandar utama, memanjakan diri dengan menikmati kepelbagaian pilihan makanan atau merasai sendiri pengalaman meneroka setiap pelusuk Bandar kecil, daerah dan negeri-negeri di serata Australia,” jelas Cik Maggie White, Pengurus Besar Bahagian Asia Tenggara, Pelancongan Australia.
Tambah beliau lagi, “Malaysia adalah salah satu penyumbang utama pelancongan Ausralia. Jumlah ini dapat anda lihat dari penambahan yang besar yang berlaku dari Disember 2009 hingga November 2010 di mana seramai 235,100 rakyat Malaysia telah melawat Australia.
Peningkatan sebanyak 13% dimaklumkan dari tahun sebelumnya pada jangkamasa yang sama. Kami percaya AirAsia X turut menyumbang pada peningkatan ini dan menjadikan Autralia tarikan lawatan utama rakyat Malaysia. Kami berharap agar kerjasama ini berterusan.” tambah Cik White.
Hos program
Nikmati budaya Australia yang cukup terkenal dengan pantai yang putih dan bersih, serta pemandangan matahari terbenam di gurun merah dalam Now Everyone Can Travel to Australia. Program 10 episod ini akan membawa anda meneroka tempat-tempat menarik di seluruh Australia!
Jangan lupa untuk menonton Now Everyone Can Travel to Australia, setiap Ahad, bermula 13 Februari 2011, jam 7.00 malam hanya di 8TV. Anda juga boleh menonton 8TV di saluran 708 Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan harian, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda!
Pada majlis sidang media ini juga, pihak media yang hadir telah berpeluang untuk memenangi pakej melancong ke Australia selama 5 hari di sana. Hanya seorang sahaja yang dipilih menerusi cabutan bertuah. Dan… siapa sangka nama Budiey dipanggil untuk menerima pakej pelancongan ke Australia itu. Memang rezeki Budiey pada hari tu. Rasa seronok juga sebab dapat melancong berdua. Eh, siapa tak seronok kalau dapat durian runtuh macam ni. Pakej ni termasuk dengan 2 tiket pergi balik dan penginapan di sana.
Budiey diberi pilihan samada untuk terbang ke Gold Coast, Tasmania dan Melbourne. Ramai member Budiey kata, Gold Coast la best. Tapi itu bergantung pada anda, ikut selera dan citarasa masing-masing. Kalau diberi pilihan macam tu, Budiey memang nak pilih Gold Coast.
Terima kasih kepada Air Asia X dan Australia Tourism serta 8TV yang menaja pakej pelancongan ini.