Nothing Phone (2a) Special Edition telah dilancarkan hari ini! Masih mengekalkan ciri-ciri Phone (2a) yang asal seperti cip Dimensity 7200 Pro, 12GB RAM dan 256GB storan, kamera 50+50 Megapiksel, skrin OLED 6.7-inci dengan refresh rate 120Hz, dan bateri 5000mAh.
Sistem lampu Glyph dan Nothing OS juga masih ada. Namun, apa yang membuatkan versi istimewa ini unik adalah ia direka oleh ahli komuniti Nothing sendiri.
Phone (2a) Special Edition ini tampil dengan warna putih klasik yang dah ada di pasaran Malaysia dengan harga RM1,699. Tapi, kali ini ia diserikan lagi dengan sentuhan warna merah dari titik dalam fon telinga Nothing Ear, kuning dari Nothing Ear (a) yang baru, dan biru dari Phone (2a) Blue yang pernah dijual di negara tertentu. Ini kali pertama Nothing gabungkan tiga warna ceria dalam satu peranti.
Sejak dilancarkan pada bulan Mac lepas, Nothing OS dah menerima 13 kemas kini. Phone (2a) sekarang juga dah sedia dengan ChatGPT terbina dalam, dan boleh digunakan bersama TWS Nothing Audio atau TWS CMF untuk akses ChatGPT dengan cepat.
Nothing Phone (2a) Special Edition dijual di Malaysia dengan harga RM1,699 untuk versi 12/256 GB, dan hanya 100 unit sahaja akan dijual. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk beli eksklusif ini di laman web Crossover pada 7 Jun jam 12 pagi!