Syarikat Produksi: Red Films
Judul filem: KAMI
Tahun Produksi: 2008
Jenis filem: Drama
Durasi:Â 100 minit
Bahasa:Â Bahasa Malaysia
Tarikh di pawagam: Hari Raya Pertama 2008
KREW PRODUKSI
Penerbit Eksekutif: Lee Mee Fung / Alan Tan / Lina TanÂ
Penerbit:Â Lina Tan
Line Produser: Â Allyan Too / Pauline Lin
Pengarah:  Effendee Bin Mazlan and Fariza Azlina Bt Isahak                                                 Â
Lakonlayar: Fariza Azlina Bt Isahak
Pengarah Fotografi: Siew Yaw Hoong
Penyunting: Nigel ThienÂ
Penata Seni: Law Gwo Yunn
Jurusolek: Susan Chaopradith
Penata Pakaian:Â Nurul Sairatun Najah Bt. Daud
Pengurus Produksi: Nazreen Hara Radzi Raj
Penolong Pengurus Produksi: Pugalenthan / Noor Aszila Abas
Penolong Pengarah Pertama: Fabian Wilfred Joseph
Penolong Pengarah Kedua: Umi Salwana
Â
Pelakon Utama:
Liyana Jasmay – LYNN
Syarul Ezani – ALI
Juliana Evans – SOFIE
Nas-T – ABU
Zayanah Ibrahim – ADII
Zahiril Adzim – BOY
Pelakon Pembantu:
Rozie Rashid – Ibu Lynn
Mustapha Kamal – Ayah Ali
Norish Karman – Ibu Ali
Susan Manen – Ibu Sofie
Fathil Dani – Ayah Abu
Dian P. Ramlee – Ibu Abu
Laman Web : www.projekkami.com
Redfilms Contact:Â Nazreen Hara // 012 6476118// 03-78062811 // [email protected]
WATAK-WATAK DALAM KAMI THE MOVIE
LYNN adalah seorang gadis pekan kecil yang impikan peluang untuk mengembara dan menjadi seorang penulis yang terkenal. Berdikari dan pandai membawa diri, beliau menjual kerja rumahnya kepada pelajar-pelajar di sekolahnya untuk mencari duit lebih untuk membeli sebuah komputer baru. Berbekalkan keyakinan diri dan hasrat yang tinggi untuk berjaya sebagai seorang penulis, Lynn juga menulis majalahya sendiri – KAMI, menggunakan nama samaran Teka Teki.
Tetapi dalam keghairahannya untuk mendapatkan duit, Lynn bertembung dengan seorang penjual dadah yang bernama Boy dan mula terjerumus dalam dunia pengedaran dadah. Tindakannya memaksa ibu Lynn untuk membuat keputusan berpindah ke KL dan memulakan hidup yang baru. Di KL, Lynn berkawan rapat dengan ALI, ABU, SOFIE dan ADII.
ALI, anak seorang usahawan, ingin menceburi diri dalam bidang muzik tetapi kurang berkeyakinan diri untuk meneruskan cita-citanya. Seorang yang suka memendamkan perasaan, Ali mendapati dirinya bergelut dengan keinginan untuk kembali ke zaman penagihannya sebagai cara untuk menghadapi keretakan perkahwinan ibubapanya yang disebabkan oleh kemerosotan urusniaga bapanya.
SOFIE adalah seorang gadis jelita yang ingin diambil serius kerana kepandaiannya dan bukan kerana paras rupanya. Seperti Ali, Sofie juga membesar melihat keretakan perkahwinan ibu bapanya. Setelah ibunya meneruskan perceraian buat kali kedua, Sofie mula rasa tertekan sehingga ianya menjejaskan hubungannya dengan Ali.
Walaupun telah kembali ke pangkuan Zarul, teman lelaki lamanya, namun hatinya masih terpaut pada Ali. Hasratnya untuk meneruskan pelajaran terganggu ditambah pula dengan sikap ibu Sofie yang seperti tidak ingin dia berdikari.
ABU ialah kawan setia Ali yang sentiasa boleh diharapkan. Seorang yang suka bergurau dan pandai mengambil hati, Abu mula melibatkan diri dalam pergaduhan dan kecurian kerana sikap dingin bapanya setelah kematian Zul, abang Abu yang dibunuh ketika disamun. Setelah dihantar ke rumah akhlak kerana kes mencuri, perhubungan antara Abu dan bapanya semakin renggang menyebabkan Abu hilang arah masa depan.
ADII, sepupu Ali, sentiasa inginkan rakan-rakannya gembira. Walaupun cuba bersikap positif dalam mengharungi masalah-masalah yang melanda rakan-rakannya, hubungan yang dijalinkan bersama seorang lelaki yang ditemui menerusi laman web meninggalkan kesan pada dirinya apabila lelaki itu menghilangkan diri secara misteri. Walaupun Adii cuba meneruskan hidupnya, namun dia tetap menaruh harapan untuk bertemu dengan jejaka idamannya itu.