in ,

NOTA BUAT CEMPAKA Gandingan Eyka Farhana & Daler Yusof

Drama bersiri “Nota Buat Cempaka” antara program menarik yang sedang dikongsikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 6 Jun lalu, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 7.00 petang mengisi slot Widuri di TV1.

Mengandingkan pelakon mantap Eyka Farhana sebagai Cempaka Elina, dan Daler Yusof (Dr Luqman), selain turut dibantu oleh Allan Toh (Dr Mathew), Hani Nazrina (Dyja) dan Nadzmi Adhwa (Fikry), 26 episod ini merupakan karya arahan Lizam Togil Ujang dibawah terbitan A Ten Alliance.

Nota-Buat-Cempaka

Kisahnya menyorot tentang watak gadis cantik bernama Cempaka Elina yang bekerja sebagai jururawat mempunyai kekasih bernama Fikry. Walaupun hubungannya dengan Fikry ditentang keluarga, dia tetap memperjuangkan cintanya itu. 

Bagaimanapun, takdir menentukan pemuda yang dicintainya itu hingga sanggup mengetepikan keluarganya itu mungkir janji. Fikry memalukan Cempaka dan ahli keluarganya apabila tidak hadir pada majlis pernikahan mereka. 

Bagi membalas rasa malu yang ditimbulkan Cempaka, dia terpaksa akur dengan permintaan ibu bapanya supaya bertunang dengan lelaki pilihan mereka iaitu Dr Lukman Harith. Walaupun sukar dia cuba bertahan demi menjaga air muka insan yang disayanginya.


Dalam pada itu, Dr. Luqman Harith yang dijodohkan dengan Cempaka Elina atas pilihan keluarganya sama seperti Cempaka. Rela dalam paksa. Hakikatnya dia sudah memiliki pilihan hati sendiri iaitu gadis bernama Dyja. 

Hubungan mereka tidak semesra mana bila masing-masing terpaksa memendam rasa kerana tidak pernah mengenali sebelum ini. Luqman pada awalnya begitu ego kerana tak menunjukkan minat terhadap Cempaka. 

Pelakon-Nota-Buat-Cempaka

Namun segalanya berubah dimana dia mula rasa tergugat dengan kehadiran pemuda dikenali sebagai Dr Mathew yang cuba berteusan untuk mendekati dan merebut cinta Cempaka daripanya yang sentiasa dingin.

Sementara itu Cempaka pula dalam diam merasakan dirinya sebagai orang ketiga kepada kisah cinta Luqman dengan kekasihnya Dyja. Pada masa sama Cempaka juga selalu mendapat nota-nota daripada seseorang yang tidak dikenali.

Dapatkah ikatan jodoh yang kuat meleburkan rasa ego dimiliki dalam diri Cempaka mahupun Dr. Luqman? Saksikan kesudahan adapatasi daripada novel karya Sophilea di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fakta Tentang NK Fashion Week Yang Anda Patut Tahu

Erti Penghijrahan Dalam Telemovie CINTA PALING INDAH