Tular di media sosial, pelakon dan pempengaruh Norreen Iman berkongsi kisah sebak yang dilaluinya ketika hujan lebat bersama seorang rakan.
Norreen berkongsi bahawa dia dan Tya hendak pergi ke sebuah kedai tetapi terjebak di dalam kereta kerana hujan yang sangat lebat.
Di dalam kereta, mereka tidak mempunyai payung dan tidak boleh keluar kerana Tya memakai baju besar iaitu Khimar.
Pada masa itu, secara spontan, Norreen berdoa meminta pertolongan Allah SWT supaya mereka dapat keluar dari kereta tersebut.
Tiba-tiba saja, hujan lebat itu berhenti dan mereka segera berlari ke kedai. Mereka saling pandang seolah-olah tidak percaya dengan keajaiban yang berlaku.
Tya dengan mata berkaca-kaca berkata, Allah SWT Maha Mendengar dan telah mengabulkan doa Norreen dengan sekelip mata. Ya, dari hujan yang sangat lebat, tiba-tiba saja berhenti.
Selebriti tersebut mengaku hatinya tersentuh dan percaya bahawa ini menjadi titik tolak perubahan imejnya.