Tujuannya bukanlah nak menunjuk-nunjuk tapi khabarnya Norman Hakim ingin memberikan motivasi dan semangat buat mereka di luar sana yang ingin membina badan atau nak menguruskan badan.
Norman yang menjengah usia 45 tahun berkongsi, waktu selepas Subuh adalah masa yang sesuai yang memuat naik gambar bahagian perut seperti yang disarankan oleh jurulatihnya.
“Dapat memo daripada jurulatih yang menyuruh saya memastikan bahagian abdomen diperiksa selepas waktu Subuh dan sebelum masuk Syuruk. Menurutnya, ketika jangka masa itu, keadaan abdomen tidak boleh menipu.
“Baiklah coach, saya sudah buat dan mengira masih ada 8 pax di situ. Cuma bukan semua bahagian perut boleh dikongsikan di media sosial ini. Selebihnya akan dihantar kepada jurulatih menerusi aplikasi Whatsapp,”
– Norman Hakim
Ramai rupa-rupanya yang kagum melihat tubuh kekar pelakon Norman Hakim yang berotot mantap walaupun semakin berusia.
Biarpun bergelar bapa kepada enam orang cahaya mata namun Norman dapat mengekalkan bentuk tubuh ketika zaman bujang, malah fizikalnya lebih sasa berbanding sebelum ini.
Ramai pengikutnya dalam Instagram meninggalkan komen mengagumi tahap disiplin suami Memey Suhaiza itu menjaga bentuk badannya supaya kekal berotot dan tegap.
Malah, ramai juga anak muda yang ingin jadikan Norman sebagai inspirasi dalam aspek menjaga kesihatan tubuh walaupun telah berusia.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagramnya itu, Norman memberitahu bahawa dia sebenarnya mengalami masalah peningkatan kolesterol dalam badan.
Bahkan Norman sendiri tidak menyangka perkara tersebut boleh terjadi pada dirinya memandangkan dia seorang yang aktif bersenam demi menjaga kesihatan.
Selain itu, Norman turut melatih anak lelakinya untuk turut sama membina badan bersamanya.