Baru berusia 23 tahun dan beliau telah diambil oleh bos MIG production, Mr David Teo, sebagai orang yang bertanggungjawab untuk mengarah filem ke 26 syarikat berkenaan iaitu Selamat Pagi Cinta. Norliana Shamsudin merupakan satu nama yang cukup asing bagi dunia pengarahan di Malaysia. Namun, di atas kepercayaan bahawa Metrowealth ingin melahirkan sepuluh pengarah muda baru di arena ini, maka David Teo tidak teragak-agak memberikan peluang kepada Norliana.
Jika sebelum ini, David Teo telah berjaya membentuk Pierre Andre menjadi pengarah termuda di Malaysia dan cukup disegani, kini, dengan formula yang sama juga, dia akan membentuk Norliana menjadi seperti Pierre dalam masa terdekat.
Norliana yang sebelum ini pernah muncul dengan sebuah album di bawah MIG Records iaitu Ceria pada tahun 2004, berasa agak terkejut apabila menerima tawaran dari David Teo sekitar bulan Oktober tahun ini. Pada mulanya, dia tidak menyangka dan menganggapnya sebagai satu gurauan. Namun, semuanya menjadi nyata apabila pada bulan November, David Teo telah menawarkan Norliana menjadi pengarah Selamat Pagi Cinta yang akan memulakan pengambaran pada awal bulan Disember nanti.
Pelajar jurusan Sarjana Seni Persembahan di Universiti teknologi MARA ini pernah membintangi beberapa buah filem keluaran MIG Production seperti Mami Jarum Junior, Tentang Bulan, Main-main Cinta dan beberapa filem lagi.
Apakah formula David Teo sebegini akan berjaya?
[tags]norliana, shamsudin, pengarah, wanita, termuda, malaysia, boss mig, sari yanti, luna maya naked, tengku zawiyah, kisah janda gersang, mak ayam, lubang, korek, isu ciplak, lampu ikea, dekorasi restoran, set shooting, brutal, orin, muoi, selekeh, compi, tahi, arena brand, sports new[/tags]