in

Norazlina Redzuan Bakal Kawin Dengan Datuk Y

Budiey BlogAda petikan pasal penyampai berita Norazlina Redzuan akan kawin dengan Datuk Y? Siapa dia Datuk Y tu? Adakah gambar sebelah ini Datuk Y yang dicari?

PENYAMPAI berita Buletin Utama, Norazlina Redzuan, 37, atau lebih mesra dengan panggilan Alin di kalangan kawan-kawannya di TV3 khabarnya nak naik pelamin. Bila sebut Alin nak kahwin ni, Niezam kadang-kadang macam nak percaya pun susah, tak percaya pun susah.

Budiey BlogBukannya apa, sebelum ini kecoh satu Malaya, Alin dikatakan nak kahwin dengan doktor dan dah siap tempah pakaian pengantin.

Sebelum tu pada tahun 2004 dia pernah dikaitkan bercinta dengan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) sebuah syarikat korporat terkemuka. Malangnya semua tak jadi. Tapi berita yang nak Niezam sampaikan ini memang benarlah sebab kad kahwin berwarna kuning air yang ditempah Alin khabarnya sudah siap. Cuma tunggu masa untuk diedarkan saja.

Menurut sumber yang membisik ke telinga Niezam, bakal suami Alin seorang bujang trang tang tang lagi. Jangan bimbang ya. Dia tak akan kebas suami orang. Jadi kepada mak datin mak datin di luar sana tu, tak payah nak pergi telek, tak payah nak perasap kemenyan suami masing-masing.

Sumber tersebut memberitahu lelaki bertuah tersebut merupakan seorang Datuk bernama Y dan merupakan ‘big’ boss di sebuah syarikat telekomunikasi terkenal Malaysia.

‘‘Memang benar Alin nak kahwin dengan Datuk berusia awal 40-an. Datuk tu pun kacak orangnya. Kerjaya dia pun boleh tahan juga, Ketua Pegawai Kewangan syarikat,’’ jelas sumber itu.

Menurut ceritanya lagi, majlis pernikahan Alin akan diadakan di rumah keluarganya di Kangar, Perlis yang dijadualkan pada 22 Ogos ini.

Sementara baju-baju pengantin pula sudah siap ditempah di butik Ridzuan Radzwil. Niezam sempat tanya sumber itu macam mana Alin boleh kenal dengan Datuk tersebut?

Katanya, hubungan mereka terjadi selepas kedua-duanya dipertemukan oleh seorang kawan. Dari situlah detik percintaan mereka bermula sehinggalah Alin dan Datuk Y membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Patutlah sebelum ini ada laporan mengatakan Alin pergi membeli belah barang-barang di Indonesia. Barang kahwin rupa-rupanya ya!

NIEZAM: Pengacara Majalah 3, Nurul Syuhada dengan Mejar Faiz dah ‘ready’ ke nak naik pelamin? Jangan tunggu lama-lama ya nanti dikebas orang.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Sambutan Anniversary 10 Tahun Saluran NTV7

Gambar Raline Bekas Kekasih Tengku Ismail Lebih Cantik Dari Fasha Sandha?