[dropcap]N[/dropcap]oraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya akan melancarkan sebuah program pelancongan dan pembelajaran yang akan dianjurkan buat pertama kalinya pada setiap bulan bermula pada tarikh seperti di maklumat berikut;
Program : Pelancaran Sanggar Budaya ~Cultural Paradise..Uniquely Malaysia
Tarikh : 15 Jun 2013
Hari : Sabtu
Masa : 8.45 malam – 10.30 malam
Tempat : Kompleks 3C, Jalan PJS 11/2, Taman Bandar Sunway, 46150
PSJ, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Dirasmikan : YBhg. Dato’ Adnan Bin Md. Ikhsan
Yang Di Pertua, Majlis Perbandaran Subang Jaya
‘Sanggar Budaya’ bermaksud ‘pusat sehenti budaya’ (one stop cultural centre) ini telah diilhamkan oleh Noraniza Idris untuk mewujudkan sebuah program kemasyarakatan yang memaparkan budaya dan kesenian masyarakat Malaysia pelbagai kaum untuk dikongsi bersama seluruh pelancong domestik dan luar Negara yang berkunjung Ke Negeri Selangor dan ingin mengenali dengan lebih dekat aktiviti Akademi Tatihseni Malaysia di Kompleks 3C MPSJ menerusi program bulanan yang bakal dilancarkan pada bulan Jun akan datang.
[pullquote align=”right”]Majlis Pelancaran Program Pelancongan ‘Sanggar Budaya ~ Cultural Paradise… Uniquely Malaysia’ akan diadakan pada 15 Jun 2013 Di Kompleks 3C MPSJ, Taman Bandar Sunway, Selangor Malaysia.[/pullquote]
Program ini turut mempersembahkan nyanyian artis undangan, tarian kebudayaan oleh Artis Budaya Tatihseni Tari, makanan negeri, kraftangan mengikut aktiviti bertema dan berjadual dan menjadikan program santai bersama media pada setiap bulan.
Acara sebulan sekali ini akan diadakan pada hari Sabtu minggu ke empat setiap bulan yang akan bermula dengan lawatan berinformasi pada jam 10.00 pagi, 3.00 petang dan persembahan khas dengan pakej jamuan bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.
Objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat secara amnya agar lebih berkeyakinan dalam pergaulan bagi mengukuhkan lagi semangat perpaduan dalam hidup bermasyarakat dan berbilang bangsa. Selain itu, program ini menjadi satu-satunya program yang berpendekatan 3 dalam 1 bersifat akademik, sahsiah dan kokurikulum yang menjurus kepada pelancongan berinformasi, hiburan sambil beramal.
Kedudukan Akademi Tatihseni Malaysia di Kompleks 3C MPSJ, Taman Bandar Sunway, Selangor Darul Ehsan ini terletak di lokasi yang sangat strategik dalam sektor pelancongan. Bersesuaian dengan kedudukannya, pakej lawatan pelancongan turut disediakan dengan kerjasama agensi pelancongan untuk membawa lebih ramai pengunjung ke acara bulanan di Kompleks 3C MPSJ ini sebagai salah satu lokasi yang akan dikunjungi.
Menerusi program anjuran setiap bulan ini juga, kami turut mempelawa pengunjung menerusi sasaran kanak-kanak seawal usia 5 tahun hingga warga emas untuk mengambil bahagian sebagai peserta disamping lawatan sambil belajar ke Akademi Tatihseni Malaysia di Kompleks 3C MPSJ dengan pakej khas yang turut disediakan.
Manakala bagi pelancong domestik yang bercuti dan bertandang ke negeri Selangor untuk bermalam, boleh berkunjung ke Kompleks 3C pada jadual yang telah ditetapkan setiap bulan untuk nenyaksikan pelbagai acara menarik di samping beramah mesra dengan golongan kurang bernasib baik yang turut menjadi peserta di bawah bimbingan Noraniza Idris selaku Pengetua Akademi Tatihseni Malaysia.
Akademi Tatihseni Malaysia turut membuka peluang kepada pengunjung yang berminat untuk menambah kemahiran dalam kesenian dengan mendaftar dan mengambil bahagian dalam aktiviti bengkel pembelajaran asas seni tari, muzik gamelan dan angklung, persembahan vokal klasik dan tradisional serta kelas teater yang diadakan pada hari-hari biasa. Program ini turut menyediakan barisan tenaga pengajar yang mahir dan diiktiraf.
Keistimewaan pada program bulanan ini juga,turut mendapat kerjasama GOLD (Pertubuhan Kelainan Upaya Pembelajaran) bagi membantu mengisi tabung kebajikan menerusi jualan jamuan amal yang hanya diadakan dalam acara sebulan sekali ini. Pengunjung dapat menyaksikan persembahan khas peserta Kelainan Upaya pembelajaran ini dalam slot acara. Kami turut membantu mereka memperkenalkan kepada umum hasil kraftangan dan menjual produk berupa cenderahati bagi menambah kutipan amal sepanjang hari tersebut.
Program bulanan ini turut diusulkan kepada Tourism Malaysia dan Selangor Tourism sebagai produk pelancongan untuk dimuatkan dalam kalender pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Para pengunjung yang ingin menyaksikan acara gemilang sambil beramal pada 15 Jun 2013 akan datang boleh menghubungi sekretariat kami di talian 0162918066 atau 03 56212648 (Cik Shuhadah) untuk menempah tempat duduk jamuan amal yang terhad.