Mereka menerima kurniaan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membawa gelaran Datuk.
Memetik laporan Harian Metro, Nora meluahkan rasa syukur diatas penganugerahan tersebut, namun reaksi sukanya bercampur duka kerana tidak dapat berkongsi kegembiraan itu bersama Allahyarham suaminya, Johan Nawawi.
Manakala, Habsah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Chah merakamkan kesyukuran penganugerahan ini. Kata beliau, penganugerahan tersebut menjadi pembakar semangat untuknya terus berkarya.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengurniaan itu adalah sebagai menghargai sumbangan besar penggiat seni dan budaya terhadap lapangan mereka.
Nora Ariffin, Yusry Abdul Halim (KRU) dan penulis lirik Habsah Hasan antara 335 penerima Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan.