Dua aktres popular, Nora Danish dan Tiz Zaqyah hari ini mengejutkan dunia hiburan apabila mengumumkan mereka disahkan positif wabak COVID-19.
Menerusi instagram, kedua mereka berkongsi berita tersebut kepada orang ramai memaklumkan mereka mendapat keputusan tersebut pagi tadi.
Nora, menerusi posting tersebut menjelaskan bahawa dia yang membuat ujian calitan semalam telah didapati positif pagi ini selepas menjadi kontak rapat kategori C kepada seorang pesakit Covid.
Nora berkata, dia sepatutnya menghadiri temujanji untuk mendapatkan suntikan vaksin di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, pagi tadi.
Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai yang berjumpa dengannya dari 4 – 8 Mei untuk turut membuat saringan.
Tiz Zaqyah pula mendedahkan dia yang melakukan ujian calitan semalam selepas berapa kurang selesa dengan kesihatan dirinya kemudiannya mendapat keputusan positif sekitar jam 8 pagi tadi.
Ada Simptom Batuk Dan Gigil
Jelas Tiz atau nama betulnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 33, berkata, dia mengalami beberapa simptom seperti batuk ringan dan tubuh yang menggigil.
Ekoran itu dia kini diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah. Dia juga turut menitipkan nasihkat kepada orang ramai yang mempunyai simpotom demam dan selsema untuk segera menjalani ujian calitan.
“Tolong lakukan ujian segera ujian jika ada demam, selsema, bersin atau sakit kepala. Jangan terlalu yakin, sebab mungkin ada yang tiada symptom… pergi buat ujian sebelum menjadi lebih teruk. Duduk di rumah… virus ada di mana-mana,”