Selepas dua tahun menjalankan perniagaan berkenaan bersama tiga lagi rakan kongsi, isteri kepada Nedim Nazri ini percaya keputusan ini sudah ditimbang tara sebaik mungkin.
“Selepas memikirkan perkara ini semasak masaknya dan di atas sebab tertentu, saya percaya apa yang dilakukan ini untuk kebaikan bersama.
“Saya sendiri begitu mencintai perniagaan kosmetik dan mempunyai perancangan lain pada masa mendatang.
“Melihat perkembangan dan kejayaan jenama ini daripada hari pertama hingga sekarang. Saya juga percaya penarikan diri ini sudah tepat waktunya dan membiarkan rakan kongsi lain meneruskan legasi yang dimulakan,”
– Nora Danish
Tambah Nora penarikan dirinya juga bukan kerana mempunyai masalah dengan rakan kongsi lain.
“Kami profesional dalam hal perniagaan.
“Apa yang dilakukan ini adalah atas kehendak sendiri. Saya doakan mereka terus berjaya,”
– Nora Danish
Nora juga berharap apa yang dijelaskan ini dapat memberikan pencerahan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini mahupun salah faham.
“Selepas ini sebarang imej atau nama saya tidak boleh digunakan jenama itu
lagi untuk apa saja tujuan promosi berkuatkuasa sejak 1 Mei supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan“Pihak mereka mempunyai masa empat bulan untuk mengeluarkan gambar dan video saya daripada tempoh kuat kuasa,”
– Nora Danish