Sebelum ini, pelakon Nora Danish dikecam dek kerana memuat naik gambarnya dari belakang memaparkan bahagian punggungnya. Dalam foto tersebut, Nora dilihat memakai seluar jeans ketat sehingga menampakkan bentuk punggungnya.
Pelakon drama Covid Oh Covid ini dilihat bercuti bersama suami, anak serta rakan di tempat peranginan tersebut seusai pihak kerajaan membenarkan gelembung pelancongan di pulau berkenaan dimulakan 16 September 2021.
Tidak lokek berkongsikan gambar percutiannya, namun imej seksi Nora menimbulkan rasa kurang senang netizen yang dilihat agak mencolok mata.
Pakaian yang dipakai Nora kembali menjadi sorotan ramai kerana begitu mencolok mata mereka yang melihat.
Nora menerima kecaman apabila dia berkongsi gambar percutiannya bersama suami, Nedim Nazri dan anak bongsunya, Ney Ney di Pulau Langkawi, dengan imej seksi.
Walaupun telah menutup ruangan komen disebabkan penampilannya yang agak ‘daring’, beberapa komen pedas telah terlepas di posting sebelumnya.
Seperti biasa, kecaman-kecaman yang diterima banyak melibatkan penampilan Nora yang kurang bersesuaian dengan dirinya yang beragama Islam.
Mungkin banyak kritikan diterima susulan penampilannya itu, Nora dilihat telah menutup ruangan komen foto dikongsikannya itu.
Walau bagaimanapun, Nora tetap memuat naik gambar percutiannya di Instagram tanpa menghiraukan kecaman-kecaman tersebut.
Selain daripada penampilannya yang seksi, gambar-gambar di pulai percutian tersebut sememangnya cukup indah lebih-lebih lagi tempat penginapan mereka sekeluarga adalah di hotel mewah betul-betul berhadapan dengan pantai.