Nora Danish tampil menerusi akhbar Harian Metro telah menafikan dakwaan bahawa dia adalah artis wanita terkaya Malaysia. Dakwaan ini timbul apabila dia telah menolak banyak tawaran berlakon drama dan filem.
Menurutnya, jika dia seorang yang terkaya maka tidak perlulah dia gigih bekerja untuk mencari rezeki menyara keluarga. Biarpun difahamkan anaknya ditanggung bekas suaminya, Jejai tetapi dia masih ada ibu dan adik-beradik yang perlu ditanggung.
Dipetik Nora Danish berkata:
Kalau betul saya sudah kaya, orang takkan nampak saya gigih bekerja. Menyara keluarga adalah tanggungjawab saya dan sebagai ibu, saya juga perlu berdikari mencari pendapatan sendiri terutama jika mahu bawa anak pergi bercuti.
Apa-apa pun selagi tak tutup mata, kita kena kerja kerja kerja. Tak gitu Nora?