in

Nora Danish Jawab Isu Foto Romantis Bersama Nadem

Pelakon Nora Danish tidak kisah jika ada yang anggap dia dan Nadem kini bercinta setelah sekeping gambar romantik mereka di sebuah pantai di Pulau Bali saat matahari terbenam dimuat naik Nora di Instagram Nora Danish pada bulan Syawal yang lepas.

Nora-Danish-Nedim-Nazri-Bercuti-Ke-Bali-Indonesia(1)

Menurut Nora Danish, jika ada cinta dalam hati sekalipun antara dia dan anak seorang menteri itu, dia tak mahu terlalu mencanang tentang soal cinta kepada media selagi mereka belum mahu berkahwin.

“Saya memang suka ambil gambar dan idea gambar sewaktu di Bali tu secara spontan. Saya tak salahkan orang kalau mereka kata kami bercinta. Tapi saya tak mahu bercakap pasal cinta sebab selagi kami tak umum untuk kahwin, saya tak mahu hebohkan. Lain lah kalau dah betul-betul kami nak kahwin nanti baru saya kongsikan. Saya bimbang bila terlebih bercerita nanti takut kalau hubungan kami tidak menjadi.”

Sebelum ini media ada melaporkan Nora mengakui dia berkawan rapat dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Y.B. Dato’ Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu. Malahan persahabatan mereka telah terjalin sejak tujuh tahun lalu.

Nora menjelaskan dia bukan sengaja pergi bercuti berdua di Bali tapi sebenarnya dia membawa keluarganya iaitu anak dan ibunya ke sana dan kebetulan Nadem juga pergi bercuti di sana bersama kawan-kawannya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Uli-Uli Biskut Bersama Julie’s TV3 & TV9

Syamsul Yusof Mahu Berhenti Jadi Pengarah Filem