Khusus untuk peminat Nora Danish yang beria-ia sangat suruh Budiey letak video masa Nora Danish catwalk kat Pelancaran Mifa2009 hari tu.
Nah, ini dia.
Nora Danish mulanya kelihatan berjalan berdua-duaan dengan seorang model cantik. Kiranya diorang ni bersahabat baik. Kemudian datang seorang jejaka yang tak kurang tampannya telah melamar Nora Danish untuk dijadikan permaisuri. Siap letak crown lagi kat kepala Nora. Mmm….
Itu dia unsur persahabatan dan percintaan yang digabungkan dalam satu persembahan fesyen!
Cakap pasal Nora Danish, ada kontroversi terbaru telah berlaku di mana ada dua percanggahan sumber yang menjadi alasan mengapa Nora Danish mengundur diri untuk berlakon drama Spa Qistina, iaitu:
- Dalam Harian Metro, Nora Danish kata, dia mengundur diri sebab ada pertindihan jadual Spa Qistina dengan filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2.
- Mengikut sumber produksi drama itu pula, Nora Danish telah bergaduh dengan Fasha Sandha di lokasi pengambaran drama Spa Qistina. Akibat dari pergaduhan itulah, Nora Danish tak nak berlakon drama tu.
Mengapa dan bagaimana pergaduhan ini berlaku?
Kita baca artikel ini:
Nampaknya kebenaran pengunduran Nora Danish dari drama ‘Spa Qistina’ terbongkar apabila pihak penerbit sendiri, Global Station Sdn Bhd dikatakan enggan lagi ‘cover’ untuk pelakon comel itu.
Ingat lagi laporan Harian Metro Ahad lalu, di mana Nora memaklumkan pengundurannya dari ‘Spa Qistina’ adalah kerana pertindihan jadual ‘Spa Qistina’ dan filem ‘Jangan Pandang Belakang Congkak 2’, akibat perubahan jadual ‘Spa Qistina’? Malah perkara itu diakui juga oleh penerbit Global Station Sdn Bhd, Datin Zaiton Mohd Jiwa yang turut menafikan semua cakap-cakap bahawa Nora tidak profesional dan mempunyai masalah disiplin.
Tetapi apabila Fasha Sandha mula dituduh sebagai punca pengunduran Nora – cerita awalnya, Fasha dikatakan telah tiba-tiba hadir di set ketika Nora sedang melakukan penggambaran, menyebabkan pergaduhan di antara mereka, malah siap ada adegan tarik-tarik rambut lagi – pihak penerbit, dari cerita yang disampaikan, terpaksa tampil ke depan untuk mendedahkan perkara sebenar.
Kisahnya begini. Nora mengamuk apabila mendapat tahu Fasha telah tiba di set lebih awal dari dijadualkan untuk membuat persiapan bagi ‘scene’-nya. Puas kru produksi memujuk tetapi kemarahan Nora tak juga reda. Akhirnya, Nora meninggalkan lokasi tanpa bertembung langsung dengan Fasha. Ekoran insiden itu, diputuskannya untuk mengundurkan diri dari produksi ‘Spa Qistina’.
GUA juga dimaklumkan, apabila berita pengunduran Nora dari ‘Spa Qistina’ dihebohkan, seorang teman artis melalui Twitter telah bertanyakan kesahihan perkara itu. Nora bukan saja mengiyakan berita itu tetapi juga berkongsi keputusannya adalah kerana ‘self pride’.
“Katanya lagi ‘no guts no glory’,” dedah sumber GUA. Bila GUA cuba mencari entri itu, tidak dijumpai.
Tempat Nora kini akan diambil alih oleh Ummi Nazeera.
Dan pada mereka yang tersilap menyalahkan Fasha atas apa yang berlaku, rupa-rupanya dia tak bersalah. [sumber]
Tapi harapnya Nora Danish bersabarlah dengan apa yang berlaku… jadikannya sebagai pengajaran.