Setelah dikecam oleh netizen selepas memuat naik foto ‘daring’ ketika bercuti di pulau Langkawi, Nora Danish bertindak menutup ruangan komen Instagram miliknya.
Namun, Nora dilihat membuka semula ruangan komen apabila berkongsikan foto bersama suami memaklumkan berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas beberapa hari bercuti.
Meskipun berterusan menerima kecaman netizen, namun Nora tidak mempedulikan segala kecaman tersebut dan tetap tenang meneruskan kehidupan seperti biasa.
Dalam pada itu, ada segelintir netizen menitipkan kata-kata nasihat kepada pelakon itu supaya lebih menjaga aurat apatah lagi dunia sudah semakin tenat.
Berkongsi sekeping foto bersama suami, Nedim Nazri , Nora berlepas pulang meninggalkan pulau Langkawi selepas beberapa hari percutian.
Seorang pengguna Instagram menulis: “Ingat nak tutup komen sampai Pak Jamil mampus. Artis sekarang entah apa-apa perangai.”
Nora terdahulu menulis kapsyen pada foto berkenaan berbunyi: “Bye LGK, insya-Allah, we will be back (kami akan kembali).
Terdahulu, ramai mengecam penampilan Nora yang dilihat agak seksi dan dikatakan tidak sesuai sebagai seorang yang beragama Islam.