Penyanyi yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema ciptaan Adnan iaitu Nora terkilan apabila perancangan Adnan untuk mengadakan sebuah konsert menghimpunkan anak didiknya tidak dapat dilaksanakan ketika hayatnya.
Bagaimanapun kata Nora, dia berharap persembahan itu dapat diadakan pada masa hadapan sebagai tribute kepada komposer tersebut.
Menurut Nora Ariffin seperti yang diberitakan dari Portal Mstar Online:
“Ketika Abang D memberitahu tentang perancangannya itu saya teruja tetapi kesihatannya yang merosot membuatkan ia tidak dapat dilaksanakan. Harap-harap ada pihak sudi untuk mengadakan konsert berkenaan sebagai mengimbau kembali jasa arwah kepada industri.
“Beliau bukan sahaja seorang komposer tetapi juga ada magik untuk menaikkan seseorang artis dan sentuhannya sentiasa menjadi kegemaran pendengar,” katanya.
Semoga konsert tribut untuk Allahyarham Adnan Abu Hassan akan berjaya dilaksanakan nanti.
Al-fatihah….