Malah pemilik nama penuh Wan Norafizah Wan Ariffin itu menyifatkan kesembuhan yang dikurniakan Tuhan ke atasnya sebagai peluang kedua untuk terus bersama keluarga tercinta.
Pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu juga sempat memberi apresiasi sekali gus berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dan mendoakan kesembuhan buat dirinya sepanjang dalam rawatan.
Malah, penghibur berusia 50 tahun itu juga meluahkan rasa tidak sabar untuk kembali berkerja selepas mendapat rehat yang mencukupi.
“Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak dan sahaba yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan saya, datang melawat buat solat hajat.
“Hanya Allah sahaja yang dapat balas jasa baik kalian semua, moga kalian dikurniakan pahala berlipat kali ganda atas segala kebaikan yang dilakukan.
“ Syukur saya sudah kembali sihat, sebenarnya saya sudah tidak sabar untuk kembali berkerja macam biasa,” ujarnya panjang lebar.
Sebelum ini, Nora telah dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas dan perkara tersebut dimaklumkan sendiri suami penyanyi terbabit, Dr. Rushdi Ramli.
Difahamkan Nora dimasukkan ke hospital di Kajang, Selangor itu sejak beberapa hari sebelumnya disebabkan demam panas.