in , ,

Nora Ariffin Buka Mulut Isu Anak Gadis Bercumbu, Mohon Berikan Ruang

Penyanyi Nora Ariffin mengakui gadis yang tular videonya bercumbu dengan seorang remaja lelaki pada Khamis merupakan anak perempuannya.

‘I admit, it is her…’- itulah pengakuan yang dibuat oleh penyanyi dan usahawan Nora Ariffin di Instagramnya. Ia susulan dari video yang tular menunjukkan anak perempuannya Putri Nur Dahlia bercumbu dengan seorang lelaki di media sosial.

Penyanyi Nora Ariffin mengaku remaja perempuan dalam video aksi bercumbuan yang ketika ini viral di media sosial adalah anaknya.

Nora Ariffin Buka Mulut Isu Anak Gadis Bercumbu, Mohon Berikan Ruang

Kesal dengan apa yang berlaku, Nora atau nama sebenar, Wan Norafizah Ariffin, 47, berharap insiden itu dapat menjadi pengajaran buat anak ketiganya itu untuk menjadi insan yang lebih baik.

Dengan kejadian tersebut kata Nora dia telah melakukan yang terbaik untuk mendidik darah dagingnya ke jalan yang betul.

nora ariffin

‘Allahuakbar, dengan penuh rasa terkilan, saya mengaku itu adalah anak saya. Sebagai ibu, saya cuba yang terbaik untuk mengajar dan membimbing dia mengikut apa yang termampu dalam kapasiti terbatas.

“Namun, sebagai seorang manusia kita tidak boleh lari daripada membuat kesilapan.

“Dia masih muda dan ada banyak ruang untuk belajar daripada kehidupan. Sebagai ibu saya juga banyak kelemahan,”

“Tetapi hendak buat macam mana, saya sudah berusaha sehabis baik untuk mendidiknya.

“Saya berdoa semoga dia belajar daripada kesilapan untuk menjadi insan yang lebih baik sekali gus meneruskan kehidupan tanpa perlu menoleh ke belakang… Insya-Allah,”

– Nora Ariffin

Warganet kecoh apabila video memaparkan aksi sepasang remaja bercumbuan viral, sejak beberapa jam lalu.

Selepas tersebarnya video itu, warganet bukan sahaja mengecam remaja perempuan terbabit, malah, Nora yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema turut terkena tempiasnya.

Nora menambah, dia percaya dalam meniti kehidupan, setiap insan tidak terlepas daripada membuat kesilapan termasuk darah dagingnya sendiri.

“Sebagai manusia, kita tidak boleh lari daripada silap. Dia masih muda dan masih ada banyak perkara yang harus dipelajari serta kehidupan yang harus diterokai.

“Kepada semua, saya harap, buat masa ini, anda dapat memberikan anak saya ruang dan ketenangan,”

– – Nora Ariffin

Terdahulu tular sepotong video mirip anak gadis Nora yang kelihatan bercumbu dengan seorang remaja lelaki yang tular di media sosial.

Turut menjelaskan situasi sebenar, kata Putri Nor Dahlia, dalam video terbabit dia telah dipaksa dan cuba mengelak daripada dicium.

Nora Ariffin Buka Mulut Isu Anak Gadis Bercumbu, Mohon Berikan Ruang

“Saya dipaksa, dalam video itu pun boleh nampak saya ke belakang, saya cuba mengelak.

“Selepas benda itu berlaku saya macam duduk diam sebab saya malu dan tak tahu nak buat apa.

“Saya tak sanggup nak tumbuk dia ke apa, tapi saya marah dia selepas video itu, kitorang dah break,” jelasnya menerusi akaun Twitter @itzputridahlia.

Nora Ariffin Buka Mulut Isu Anak Gadis Bercumbu, Mohon Berikan Ruang

Walaupun Nora terus dikecam dan mendapat teguran dari pengikutnya, namun rata-rata mengharapkan agar mereka tidak terus menyalahkan Nora kerana isu ini hanya melibatkan anak perempuannya.

Nora Ariffin Buka Mulut Isu Anak Gadis Bercumbu, Mohon Berikan Ruang

Selagi bernama manusiam, pasti akan mengadapi ujian. Kita doakan yang baik-baik jelah buat mereka sekeluarga.

Nora sebelum itu telah berkongsi khabar pilu setelah ibu mertuanya, Nora Abdullah telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Rabu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas Nenek, Bapa Daler Yusof Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Dengan Sekali Lafaz Mira Filzah Sah Jadi Isteri Wan Emir