Kontroversi penjenamaan Harimau Menangis yang kecoh disebutkan netizen baru-baru ini akhirnya bertemu titik noktah apabila ibu Neelofa, Datin Noor Kartini telah mengambil keputusan untuk menarik balik permohonan ‘trademark’ tersebut daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).Â
Menerusi satu sidang akhbar yang disiarkan melalui Zoom Meeting pada jam 3 petang tadi, Noor Kartini berkata, dia memohon maaf dan sedar akan kesilapannya serta berharap keputusan tersebut dapat meredakan isu yang semakin hangat diperkatakan netizen di media sosial ini.
Kenyataan Rasmi Datin Noor Kartini Pada Sidang Media (Khamis 14 Januari 2021)
Asalamualaikum semua, saya ingin berterima kasih kepada sahabat media yang sudi meluangkan sedikit masa hari ini berkenaan isu daging harimau menagis yang sedang tular di media sosial.
Saya ingin memohon maaf dan sedar akan kekhilafan yang telah terjadi dan saya berharap keputusan yang saya buat hari ini dapat menjelaskan dan meredakaan keadaan.
Untuk maklumat semua, saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan trademark nama Harimau Menangis dengan secepat yang mungkin.
Tujuan asal saya memohon trademark ini adalah hanya untuk melindugi jenama perniagaan dan juga untuk melindugi ejen-ejen jualan kami dari masalah produk tiruan.
Sesunguhnya, tiada niat saya untuk menutup pintu rezeki sesiapa dan saya percaya rezeki kita masing-masing datangnya dari Allah SWT.
Dengan penjelasan ini saya harap isu ini telah selesai dan tidak perlu lagi dipanjangkan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan semua sepanjang tempoh PKP ini. Stay safe dan terima kasih.
– Noor Kartini
Dalam pada itu, dia juga menegaskan yang dia tidak berniat untuk tutup periuk nasi sesiapa dan khususnya kepada mereka yang berniaga produk daging Harimau Menangis tersebut.
“Bukan tujuan saya untuk tutup pintu rezeki sesiapa. Saya berharap isu ini telah selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi,†jelasnya lagi.
Oh begitu, baguslah kalau macam tu kan. Harap isu ini tidak lagi berpanjangan.
Harimau Menangis: Noor Kartini Tarik Balik Permohonan
Noor Kartini berkata, dia memohon maaf dan sedar akan kekhilafan yang telah dilakukan serta berharap keputusan itu dapat meredakan isu yang tular sehingga sohor kini di media sosial.
“Saya membuat keputusan membatalkan trademark Harimau Menangis secepat mungkin. Tindakan saya itu sebenarnya untuk melindungi jenama perniagaan dan agen daripada produk-produk tiruan.
“Saya memohon maaf dan sedar akan kekhilafan yang telah dilakukan. Saya berharap keputusan itu dapat menjelaskan dan meredakan keadaan.,†katanya.
Noor Kartini berkata demikian dalam satu sidang media secara virtual yang berlangsung selama kurang lima minit sebentar tadi.
Tular di media sosial apabila warganet mula ‘menyerang’ ibu kepada pengacara popular itu selepas tangkap layar permohonannya di MyIPO tersebar.
Tambah panas, video yang memaparkan Noor Kartini yang sedang memasak daging Harimau Menangis itu mengeluarkan kenyataan seolah-olah sudah mempatenkan resepi Harimau Menangis milik mereka.
Dalam pada itu, ibu Neelofa itu turut menegaskan, dia tidak berniat untuk menutup periuk nasi sesiapa khususnya mereka yang berniaga produk daging Harimau Menangis.
“Bukan tujuan saya untuk tutup pintu rezeki sesiapa. Saya berharap isu ini telah selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi,†katanya.