in

Nor Adibah Juara Program Da’i TV3

[dropcap]P[/dropcap]rogram Da’i yang mengetengahkan golongan muda dalam berkebolehan untuk berdakwah secara berhikmah ini telah memulakan persaingan Pendakwah Milenia sejak 2 Februari 2013 dengan 12 finalis. Selepas berjaya mengharungi cabaran Da’i sepanjang 13 minggu, kini finalis Nor Adibah Binti Rozain dinobatkan sebagai juara program Da’i musim pertama selepas mengenepikan finalis Mohamad Azamudin Bin Zainal, Muhammad Tajdid Hadhari Bin Romli!

Bersiaran secara langsung dari Studio Glenmarie NTV7, Shah Alam, acara kemuncak Da’i diserikan dengan penampilan istimewa daripada kumpulan nasyid UNIC dengan diiringi oleh adik-adik Qhasidah dari Kelab Berselawat Anak-Anak As Sidiq menerusi lagu Ya Hana Na sebagai pembuka tirai petang ini sebelum diselang-seli dengan persembahan penentu juara Da’i Pendakwah Milenia.

Nor Adibah Binti Rozain dinobatkan sebagai juara program Da’i musim pertama

Debaran Da’i diteruskan dengan tugasan pertama iaitu tugasan bersama keluarga Orang Asli di Kampung Sungai Siput, Perak. Tugasan bersama keluarga Orang Asli ini telah dilakukan seminggu sebelum hari kemuncak Da’i dan pada hari ini finalis Da’i perlu memberi hujah mengenai pencapaian sepanjang mereka di kampung itu.

Sepanjang berkampung 3 hari 2 malam di Kampung Sungai Siput Utara, Perak, setiap finalis Da’i diberi sebuah keluarga angkat untuk finalis menyampaikan dakwah. Ternyata tugasan pertama ini melatih para finalis agar lebih terbuka dan rapat dengan masyarakat sekeliling terutamanya masyarakat di pedalaman yang kurang mendapat pendidikan berasaskan islamiah. Tampil sebagai finalis pertama yang membuat persembahan, Adibah akan berkongsi pengalamannya yang mengajar anak-anak keluarga angkatnya cara solat 5 waktu dan cara berwuduk. Adibah juga turut mengadakan aktiviti mewarna dan aktiviti mengemas surau bersama penduduk kampung.

Seterusnya, finalis Hadhari mengambil alih pentas dengan menerangkan aktiviti yang dilakukannya bersama keluarga angkatnya. Hadhari telah mendapatkan guru pembimbing untuk keluarga angkatnya bagi mengajar bab agama Islam terutamanya bab solat dan bacaan Al-Quran. Selepas itu tiba giliran finalis Azam untuk menyampaikan pengalamannya serta input yang beliau dapat dari tugasan pertama ini. Finalis Azam telah mengadakan aktiviti wayang pacak sebelum menyelitkan tazkirah ringkas. Selain itu finalis Azam juga mengajar penduduk Orang Asli di kampung itu cara mengambil wuduk.

Bagi menghangatkan lagi saingan Da’i petang ini, cabaran diteruskan dengan tugasan kedua di mana para finalis Da’i akan diuji tahap penguasaan mereka berkaitan ilmu-ilmu islam seperti ilmu Fiqah, Akidah dan Sirah Nabawiah. Setiap finalis Da’i harus menjawab satu soalan berdasarkan situasi tertentu dalam tempoh masa 5 minit dengan cara berhujah. Kemudian, jawapan tersebut dinilai berdasarkan kepetahan finalis menyampaikan hujah dan isi kandungan hadis serta dalil yang berkaitan dengan soalan yang diberikan.

Menurut Penerbit Da’i, Shukri Hj Ibrahim,

“Pihak produksi amat berbangga dengan pencapaian para finalis Da’i pada musim pertama ini. Secara keselurahannya, kualiti para finalis Da’i terus meningkat berdasarkan ujian teori, tugasan, pengucapan awam dan sahsiah diri. Pemilihan yang amat rumit terpaksa dilakukan untuk memilih para finalis ini memandangkan hampir kesemua finalis di peringkat akhir mempunyai potensi yang seimbang. Namun, inilah tiga finalis terbaik untuk musim ini. Kami berharap kesemua finalis ini dapat melaksanakan semua tugasan dengan tenang. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dalam program ini dapat digunakan sebaik mungkin bukan sahaja untuk program Da’i ini, tetapi setelah keluar daripada program ini dan sekembalinya ke pangkuan masyarakat.”

Program ini menampilkan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin sebagai pengacara program untuk musim ini. Sementara itu, beliau turut ditemani dua rakan seperjuangan iaitu Mohd Zhafran Mohd Zainuldin dan Muhamad Hilmi Idris yang bertindak mengendalikan segmen khas mingguan. Manakala panel juri tetap pula menampilkan salah satu ikon pengacaraan yang tidak asing lagi iaitu Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail bersama Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie yang bertanggungjawab menilai keterampilan semasa peserta dan pemarkahan berdasarkan tugasan yang diberikan.

Bagi pusingan kemuncak ini, segala hujah dan teknik penyampaian finalis turut diperhati dan dirumuskan oleh dua juri jemputan iaitu Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Ustaz Roslan Bin Mohamed dan Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abdul Jalil Ali.

Juara Da’i musim pertama bakal membawa pulang wang tunai RM50,000. Sementara itu, dua finalis yang tidak balik dengan tangan kosong dengan menerima wang tunai RM5,000. Di samping, ketiga-tiga finalis turut menerima sebuah trofi, sijil penyertaan, pakej umrah selama 12 hari 10 malam untuk dua orang, jam tangan tawaf jenama Castita, baucar Killiney Kopitiam bernilai RM200, baucar Hadramawt Palace bernilai RM350, hamper sumbangan Al Haddad bernilai RM200 dan pakej percutian untuk dua orang di Seri Chenang Resort & Spa Langkawi “Rumah Terangganu” Villa yang bernilai RM3,600.

Siapakah yang akan dinobatkan sebagai juara sulung program Da’i? Sama-sama kita nantikan kelahiran juara sulung program Da’i Pendakwah Milenia pada hari Sabtu jam 5.30 petang di TV3! Penonton yang terlepas menyaksikan episod mingguan Da’i boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Sila layari www.tv3.com.my/dai dan akaun Twitter rasmi Da’i iaitu @DaiTV3 serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Dari Kiri- Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail, Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie,Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abdul Jalil Ali dan Ustaz Roslan Bin Moh

Dari Kiri- Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail, Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie,Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abdul Jalil Ali dan Ustaz Roslan Bin Moh

Kemuncak Da’i diserikan dengan penampilan istimewa daripada kumpulan nasyid UNIC dengan diiringi oleh adik-adik Qhasidah dari Kelab Berselawat Anak-Anak As Sidiq

Kemuncak Da’i diserikan dengan penampilan istimewa daripada kumpulan nasyid UNIC dengan diiringi oleh adik-adik Qhasidah dari Kelab Berselawat Anak-Anak As Sidiq

Mohd Zhafran Mohd Zainuldin bersama Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, hos untuk kemuncak program Da'i

Mohd Zhafran Mohd Zainuldin bersama Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, hos untuk kemuncak program Da’i

Finalis Nor Adibah Binti Rozain dinobatkan sebagai juara program Da’i musim pertama selepas mengenepikan finalis Mohamad Azamudin Bin Zainal, Muhammad Tajdid Hadhari Bin Romli!

Finalis Nor Adibah Binti Rozain dinobatkan sebagai juara program Da’i musim pertama selepas mengenepikan finalis Mohamad Azamudin Bin Zainal, Muhammad Tajdid Hadhari Bin Romli!

Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin sebagai pengacara program Da'i

Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin sebagai pengacara program Da’i

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tom Riley Da Vinci’s Demons by Lee Howard

Perjalanan Percuma Kereta Elektrik Nissan LEAF