Nooraida bukan selebriti tapi mungkin ada yang berminat untuk mengetahui susulan kes di antara Adi Putra & Nooraida yang dikatakan berskandal. Mengikut Harian Metro, suami kepada Nooraida iaitu Amiruddin Othman dikatakan telah menceraikan Nooraida dengan talak 1 sekitar pukul 4:30 hingga 5 pagi tadi. Kata Amiruddin:
“Sebelum cerai dilafazkan, kami berdua keluar makan dan meronda di sekitar kawasan bandar sebelum pulang ke rumah.
Selepas berbincang dari hati ke hati dan mempertimbangkan semuanya, saya melafazkan cerai talak satu kepada Noraida.
Noraida menerima dengan hati terbuka walaupun masing-masing sedih kerana rumah tangga yang kami bina selama 10 tahun runtuh.”
– Amiruddin
Agak sedih sebenarnya mendengarkan berita sebegini. Namun mungkin masih ada harapan untuk kedua-duanya berehat dan berfikir semasak mungkin, since baru talak satu.
Kalau jodoh tak ke mana, walau dilambung ombak apa milik kita tetap akan bersama, kan?