in , ,

NONA, Band Girl Yang Bakal Mencuri Perhatian Lancar Single Sulung Berjudul KASUARI

Kemunculan beberapa ‘band girl’ atau kumpulan wanita memberi warna baharu dalam industri muzik tanah air. Apatah lagi genre dan lagu yang diketengahkan segar dan mesra telinga.

Kemunculan beberapa ‘band girl’ atau kumpulan wanita memberi warna baharu dalam industri muzik tanah air. Apatah lagi genre dan lagu yang diketengahkan segar dan mesra telinga.

Berpengalaman luas dalam bidang nyanyian dan muzik, penyanyi Stacy dan Akim Ahmad menerusi syarikat rakamannya, Rhythm & Rhyme Entertainment ‘melahirkan’ kumpulan NONA yang terdiri daripada tiga wanita.

Dianggotai oleh Raja Nuraizureen Raja Azahari, 25 (Nona Raja), Low Kar Yee Angela, 26 (Nona Lela) dan Erika Rianty Anthony, 21 (Nona Rika), Nona satu lagi bukti semangat dan kualiti yang dihasilkan pasangan suami isteri itu.

NONA KASUARI

Menurut Stacy, perjalanan untuk merealisasikan Nona mengambil masa panjang sebelum mereka berjaya disatukan dengan kemunculan single sulung, Kasuari selain video muzik yang dilancarkan secara rasmi pada 21 Mei di saluran YouTube Rhythm & Rhyme Entertainment.

“Perancangan nak mewujudkan Nona ini sejak 2019 lagi, tapi agak terbatas sebab sibuk dengan kerja sendiri. Apabila sudah ada pengetahuan dan berdasarkan pengalaman, jadi saya dan Akim memikirkan sudah sampai waktu untuk berkarya kepada orang lain pula. Konsep dan hala tuju yang ada ini kami cuba untuk terapkan kepada orang baru lengkap dengan lagu.

“Pada awlanya, Nona ada ramai dan banyak kali bertukar. Ketika itu kami masih mencari kekuatan dan karakter yang perlu dibawa Nona. Jadi apabila sudah dapat top 3, baru kami mulalan latihan iaitu sejak Oktober tahun lalu. Sejak itu, saya banyak masa dengan mereka.

Saya dan Akim ajar benda penting dalam muzik, apa patut buat dan ambil tahu apabila nak menyanyi.

“Macam Raja dan Lela mereka adalah penari profesional dan sudah biasa mengiringi persembahan penyanyi lain. Sementara Rika pula adalah bekas protege saya dalam Mentor Milenia. Jadi, nak menjadikan Raja dan Lela penyanyi dan Rika penari adalah cabaran. 

Tapi yang menariknya, disebabkan keinginan dan cara bekerja mereka, ketiganya dapat terima semua ini dalam tempoh yang singkat. Sejujurnya, saya teruja apabila melihat peningkatan dalam diri mereka,” katanya.

NONA KASUARI

Menurut Stacy, Nona bukan sahaja penyanyi tapi juga penghibur yang muncul dengan identiti tersendiri.

“Perjalanan nak satukan mereka agak susah. Masing-masing tidak berkenalan melainkan Lela dan Raja. Pernah satu tahap mereka bergaduh ketika proses rakaman video muzik. 

Lama kelamaan, apabila mereka tidur di studio selama dua minggu, baharulah nampak keserasian antara satu sama lain. Baru mereka dapat belajar dan terima pelajaran dengan senang. Jadi keserasian penting untuk menghasilkan perkara yang bagus dan berkualiti,” katanya.

Berkongsi mengenai single pengenalan Nona berjudul Kasuari beserta video muzik, Stacy berkata genre diketengahkan adalah pop.

“Lagu dan video muzik sudah siap pada Mac lagi, tapi disebabkan sudah hampir dengan bulan Ramadan jadi kami ambil keputusan tangguhkan dulu. Sekarang, ini waktu sesuai. 

“Genre pop dipilih berdasarkan perbincangan dan keputusan semua. Mereka juga selesa dengan genre ini dan mahu mengetengahkan M-Pop,” katanya.

Ditanya adakah kemunculan Nona bakal memberi saingan baharu kepada kumpulan Dolla yang kian mencipta nama, Stacy berkata ia adalah perkara biasa dalam bidang muzik selain mahu menyajikan sesuatu yang baharu kepada peminat.

“Inilah kerja kami sebagai anak seni. Di mana bukan setakat nyanyi, apabila ada permintaan apa boleh dibuat mungkin pada generasi baru, dalam tak sedar memberi warna dan saingan sihat pada industri untuk terus ikut perjalanan muzik yang ada.

“Sejak kebelakangan ini pun peminat semakin suka dengan ‘band girl’. Dulu saya pernah terbabit dalam grup Evoke, jadi ada pengalaman sikit. Apabila Dolla dan Defam muncul, ia sedikit sebanyak memberi semangat untuk orang lain juga. Bagi yang suka dengarkan K-Pop, boleh jadikan M-Pop pula sebagai muzik pilihan selepas ini.

“Orang Malaysia ramai berseni. Cuma kena diberi peluang mencuba dan belajar. Nak cari yang mahu terbabit dalam bidang ini ramai, tapi nak yang cari pandai dengar dan ikut kata, susah. Jadi Nona akan sama-sama memberikan saingat sihat,” katanya.

Bagi Nona Raja, bersatu menjadi satu kumpulan memberikan peluang buat dirinya saling mengenali anggota lai.

“Saya memang penari. Dari kecil sampai besar tak terfikir nak menjadi penyanyi. Apabila diberi peluang saya cuba fokus dengan bidang baru ini. Apabila membuat latihan setiap hari sejak Oktober tahun lalu, kami dapat mengenali antara satu sama lain. Dari situ tahu perangai dan kemampuan masing-masing. Kami saling membantu mana kelemahan dan kelebihan. Diakui ada turun dan naik, tapi ia buat kami bersatu menjadi satu pasukan,” katanya.

Nona Lela pula menyifatkan pembabitan dalam Nona adalah rezeki terpijak buat dirinya.

“Saya pramugari tapi sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memang terkesan sebab tidak ada gaji. Kiranya, Nona adalah rezeki PKP apabil Kak Stacy menawarkan untuk terbabit dalam Nona. Saya anggap ada harapan baru. Lagi pula, saya pun memang minat menari dan menyanyi. Saya ambil peluang ini untuk buka buku baru. Walaupun tidak ada pengalaman luas, saya ambil sebagai rezeki dan terima cabaran ini,” katanya.

Nona Rika juga berharap kemunculan Nona dalam industri muzik tempatan dapat dterima baik.

“Saya percaya, setiap daripada kami ada kelebihan masing-masing. Disebabkan itu, pihak pengurusan berjaya menyatukan kami menjadi sebuah kumpulan. Malah, menerusi single pertama ini, kami berharap peminat dapat memberi sokongan dan terima muzik yang dibawa. Sebagai orang baharu, tentu saja kami perlukan sokongan. Namun, kami juga bersedia untuk sebarang kritikan yang membina,” katanya.

Diminta mengulas kemunculan mereka bakal memberi saingan kepada Dolla, Rika mewakili anggota kumpulan berkata mereka cuba memberi yang terbaik.

“Bagi kami tidak timbul soal nak bersaing. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Mereka (Dolla) sudah ada peminat tersendiri, sementara kami masih baharu lagi. Apa yang diharapkan adalah sokongan daripada semua pihak.

“Malah menerusi single pertama ini, ia adalah peluang untuk kami menonjolkan bakat yang ada selain ingin memberi yang terbaik. Kami juga percaya peminat muzik mempunyai cita rasa berbeza,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas Mawar Rashid Minta Maaf Tersalah Tulis, Sajat Pula Tampil Bersuara Back Up Neelofa

Debat Dengan Artis Israel di IG Live, Caprice Tenang & Profesional, Israel KOYAK TERUK!