in , ,

Nokia Lancar XR20, Peranti 5G Tahan Lasak Yang Tak Perlukan ‘Casing’

Seperti yang dijanjikan, Nokia hari ini telah melancarkan peranti terbaharunya yang disifatkan tahan lasak siap dengan sokongan Android selama tiga tahun.

Ramai peminat Nokia teruja dengan pelancaran ini yang dikatakan menepati ramalan ramai. Peranti ini dinamakan XR20 seperti disenaraikan Geekbench sebagai salah satu model terbaharu Nokia yang belum dipapar kepada umum.

Nampaknya gambar yang didedahkan sebelum ini memang benar dimana Nokia XR20 akhirnya dilancarkan secara rasmi. Telefon pintar ini cukup tahan lasak yang kalis air dan juga debu disamping sokongan kemas kini sekuriti selama 4 tahun dan sistem operasi selama 3 tahun.

Nokia Lancar XR20

Peranti ini dilengkapi skrin 6.67″ IPS LCD, dijana cip Snapdragon 480, memori sehingga 6GB RAM, storan sehingga 128GB yang boleh ditambah sehingga 512GB menggunakan kad mikro SD dan bateri sebesar 4630 mAh. Sokongan pengecasan pantas sehingga 18W diberikan. Sementara lensa hadapan adalah 8MP.

Nokia XR20 tampil dengan panel belakang tahan lasak ibarat kerangka pelindung (case) terbina padanya dan ia memenuhi standard MIL-STD810H serta boleh menahan hentakan setinggi 1.8 meter.  

Selain itu, ia juga menerima penarafan IP68 kalis air dan debu dan perlindungan Gorilla Glass Victus pada panel hadapan.

Nokia Lancar XR20

Beralih pada spesifikasi pula, skrinnya berukuran 6.7 inci FHD+ IPS LCD dengan kecerahan hingga 550 nits dan boleh digunakan walaupun jari dalam keadaan basah atau memakai sarung tangan.

Bukan setakat tahan lasak, XR 20 difahamkan hadir dengan kemampuan kalis air dan juga debu IP68 rating.

Nokia Lancar XR20

Selain itu ia mempunyai tubuh seakan bampar dan turut melepasi piawaian MIL-STD 810H sehingga mampu menahan hentakan dari ketinggian 1.8 meter,selain julat suhu diantara -22° C hingga 55° C.

Malah ia juga menggunakan kaca Corning® Gorilla™ Glass Victus™ sebagai display peranti ( skrin skrin 6.67″ IPS LCD) sekaligus tahan calar dan mampu menyerap hentakan.

Peranti turut mempunyai tubuh seakan bampar bagi menyerap hentakan. Sementara itu pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian sisi dengan satu butang tambahan pada bahagian atas yang boleh diprogramkan untuk melancarkan aplikasi. Dari segi audio pula sepasang speaker dengan sistem audio spatial OZO disertakan bersama dengan bicu audio 3.5mm. Tidak ketinggalan ialah kemampuan menggunakan rangkaian 5G.

Dengan ciri sebegini, kami yakin ia seperti yang diwar-warkan Nokia sebagai peranti yang tidak memerlukan sebarang kerangka atau casing.

Nokia Lancar XR20

Spesifikasi

Dari segi spesifikasi pula, peranti ini dijana cip Snapdragon 480, dengan memori sehingga 6GB RAM, 128 GB storan yang boleh ditambah dengan kad Mikro SD, dan juga bateri sebesar 4630 Mah.

Peranti 5G ini jugat tampil dengan skrin 6.67-inch Full HD+ . Selain itu ia turut menyokong pengecasan pantas sehingga 18W.

Kamera utama menggabungkan sensor 48MP sudut lebar dan 13MP ultra sudut lebar lengkap dengan dwi-flash. Pada bahagian hadapan pula terdapat kamera sebesar 8MP. Dengan kaca Gorilla Victus, Nokia mengatakan peranti ini mampu menahan hentakan dari ketinggian 1.8 meter, melepasi juga piawaian MIL-STD 810H dan julat suhu diantara -22° C hingga 55° C.

Nokia Lancar XR20

ZEISS Optics, ZEISS Portrait, ZEISS Cinematic Effects, SpeedWarp mode, Action Cam mode, Night mode, Cinema mode, HDR, Beautification, Panorama, WatermarkFront camera sensor:8 MPNumber of rear cameras:2 pcRear camera 1:

Main CameraRear camera 1 sensor:48 MPRear camera 2:

UltrawideRear camera 2 sensor:13 MP

Rear flash LED

Nokia Lancar XR20

Dari segi harga, peranti ini akan mula dijual di pasaran US pada 24 OGOS dengan bermula dari US$549.99 (~RM2326). Nokia XR20 dijual dengan pilihan warna Ultra Blue atau Granite Grey.

Namun setakat ini tiada sebarang info sama ada HMD Global mempunyai perancangan untuk melancarrkan XR20 di negara lain termasuk di Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Abu Syafiq Bengang dengan Influencer & Ustaz Yang Buat Fitnah Ebit Lew

Dr. Adham Baba Maklumkan Akta Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan