Begitu juga dengan segala aktiviti kebajikan yang dijalankan oleh pelbagai pihak, termasuklah syarikat-syarikat persendirian dan swasta.
NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd. juga tidak ketinggalan dalam menyebarkan kebaikan dan menjalankan program-program kebajikan sejak awal Ramadan lagi.
Program NOIR Prihatin bermula dengan aktiviti agihan juadah berbuka puasa percuma di bazaar-bazaar sekitar Lembah Klang seperti di Bazaar Ramadan Kota Damansara, Bandar Kinrara, Pantai Dalam, dan lain-lain.
Selain bazaar Ramadan, juadah berbuka puasa juga diagihkan kepada para petugas barisan hadapan dan orang ramai di Hospital Kuala Lumpur dan Selayang.
Golongan anak yatim juga tidak terkecuali daripada diraikan oleh Madammu dan NOIR. Pada 20 April 2022, seramai 31 orang anak-anak yatim dan 7 orang penjaga dari Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad, Kota Damansara telah dijemput khas untuk hadir ke Majlis Iftar NOIR Bersama Anak Yatim bagi menikmati jamuan berbuka puasa dan menerima sumbangan Aidilfitri berupa sepasang baju melayu dan baju kurung beserta duit raya setiap seorang.
Majlis iftar NOIR yang diadakan di Wisma NOIR, Kota Damansara diserikan lagi dengan penyampaian hadiah bagi Peraduan Cantik & Menang kepada Puan Normah Binti Mohd Yaman dari Kuantan, Pahang yang telah terpilih sebagai pemenang sulung bagi peraduan ini.
Puan Normah yang ditemani suami dan anak lelakinya telah membawa pulang hadiah RM 10,000.00 tunai pada malam tersebut.
Peraduan Cantik & Menang telah dilancarkan sempena dengan Anugerah Juara Lagu ke-36 yang menyaksikan NOIR sebagai penaja utama program hiburan berprestij tersebut yang menawarkan hadiah berjumlah RM 100,000.00.
Peraduan tersebut boleh disertai dengan membeli mana-mana produk NOIR sekurang-kurangnya RM 50.00 dalam satu resit pembelian dan pemilihan pemenang akan dibuat pada setiap bulan dan pemenang berpeluang membawa pulang hadiah RM 10,000.00 tunai.
Menghampiri hari-hari terakhir Ramadan tidak menghalang Program NOIR Prihatin untuk diteruskan malah digiatkan lagi dengan aktiviti agihan juadah berbuka puasa kepada golongan yang kurang bernasib baik di sekitar Kuala Lumpur seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Chow Kit.
Untuk pengetahuan, NOIR Health & Beauty merupakan syarikat Bumiputera yang mengeluarkan produk penjagaan kulit dan kosmetik berkualiti tinggi, halal dan premium yang diasaskan oleh Eriyca Baiduri atau lebih sinonim dengan panggilan Madammu yang juga merupakan penaja utama AJL36 pada bulan Mac yang lalu.