in , ,

Fakta Tentang NK Fashion Week Yang Anda Patut Tahu

Norish Kareem merupakan pengasas kepada Norish Kareem Couture, Norish Kareem Cosmetics dan Norish Kareem London akan menganjurkan event fashion antarabangsa iaitu London Fashion Week pada September ini di bawah label NK Fashion Week (NKFW).

Dianjurkan oleh Norish Kareem London , event ini akan disertai oleh beberapa designers Malaysia iaitu MW by Mimi Wahidah, Fana Couture, Lila Majnun, Ummiriaz International, Liza Zulkarnain dan beberapa designer lain dari dalam dan luar Negara.

NK Fashion Week

Fashion week ini akan dikolaborasi dengan strategic partner iaitu MATRADE (Malaysia Ministry of Trade). NKLFW ini dijangka akan diadakan di tengah2 kota London dan dihadiri oleh pengiat fashion dari seluruh Negara.

Ini adalah event fashion week yang julung-julung kali dianjurkan oleh pihak Norish Kareem. Kami berharap ia akan berjalan lancar dengan sokongan dari semua pihak.

NK Fashion Week

Norish Kareem berhasrat untuk mengetengahkan designer2 Malaysia di pentas dunia dan memberi mereka pendedahan kepada industri fashion antarabangsa. Norish Kareem juga menyediakan ruang placement di butik Norish Kareem London untuk pereka fesyen terkenal di seluruh dunia mempamerkan jenama mereka di Kota London dan sekali gus menembusi pasaran UK dan Europah. Ia tidak terhad hanya pada pakaian malah kosmetik dan aksesori.

NKFW juga di jangka akan diadakan di Doha, Qatar pada November ini berkoleberasi dengan agency kerajaan Qatar. Norish Kareem berharap untuk menjadikan label NKFW sebagai satu organiser fashion antarabangsa yang mengadakan fashion week di pusat fashion dunia seperti London, Doha, New York, Paris dan Dubai. Designer-designer yang berminat menyertai NK Fashion Week boleh menghubungi di email [email protected].

“Bukan mudah sesebuah jenama untuk menembusi pasaran antarabangsa contohnya di Kota London kerana saya pernah merasainya.

Oleh itu, salah satu sumbangan saya kepada dunia fashion adalah memberi peluang kepada pereka fesyen yang ingin menempatkan koleksi mereka di tengah2 kota London.

Saya memberi keutamaan kepada designer Malaysia yang ingin pergi ke peringkat Global dan yakin terhadap jenama mereka,”

– Norish Kareem

Website : www.norishkareem.com

Ig : norishkareemlondon_official

Ig : norishkareemfashionweek

NK Fashion Week
NK Fashion Week
NK Fashion Week
NK Fashion Week
NK Fashion Week
NK Fashion Week

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bekas Pengurus Siti Nurhaliza & Rossa, Bard Meninggal Dunia

NOTA BUAT CEMPAKA Gandingan Eyka Farhana & Daler Yusof