Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) hari ini melancarkan perkhidmatan penstriman video baharu, NJOI Now, yang boleh dinikmati menerusi alat peranti mudah alih dan secara atas talian untuk memberi akses percuma kepada seluruh rakyat Malaysia kepada kandungan hiburan on demand termasuklah box set, siaran langsung program sukan dan berita terkini.
Astro Lancar NJOI Now Untuk Perkhidmatan Penstriman Video Percuma
NJOI Now direka untuk memenuhi gaya hidup digital pelanggan masa kini dengan menawarkan fleksibiliti penuh tanpa sebarang kerumitan. NJOI Now merupakan satu-satunya aplikasi mudah alih di Malaysia yang menawarkan kandungan on demand, box set, program-program utama daripada saluran Astro Prima, Astro Maya HD, Astro Oasis, Astro AEC, Astro Vaanavil, program siaran langsung sukan terhebat di Astro Arena, berita terkini di Astro Awani dan juga program pendidikan di Astro Tutor TV secara percuma. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi ini dan boleh terus menonton kandungan tempatan dan antarabangsa terbaik di peranti mudah alih serta secara atas talian.
Perdana Mentari Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak melancarkan NJOI Now pada hari ini. Teks ucapan beliau dibaca oleh Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia, yang ditemani oleh Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro.
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkata beliau berharap lebih banyak lagi kandungan digital akan diperkenalkan menerusi platform-platform sedia ada superti NJOI Now untuk menggalakkan penonton mendekati seterusnya mengambil peluang terhadap ekonomi digital yang sedang dipromosikan oleh kerajaan.
Digital start-up tawar kandungan hiburan, berita, siaran langsung program sukan, on demand dan on mobile
“Golongan belia merupakan golongan terbesar yang menggunakan platform digital. Mereka sering mencari informasi terkini dengan kadar kos yang berpatutan. Oleh itu, kami amat menggalakkan golongan belia untuk menjadi usahawan dengan mengambil peluang terhadap ekonomi digital yang dipromosikan oleh kerajaan seperti pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital baru-baru ini.â€
Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro berkata, “Sejak dilancarkan pada 2011, NJOI telah mencatatkan kadar langganan yang sangat tinggi yang telah memberi manfaat kepada 1.8 juta isi rumah dan kami menjangkakan jumlah tontonan menerusi platform ini akan meningkat kepada 12 juta dalam masa terdekat ini. Hal ini selari dengan komitmen kami dalam memenuhi gaya hidup digital, sentiasa berhubung dan kehendak on demand para pelanggan kami.
Dengan pelancaran NJOI Now, semua rakyat Malaysia dapat menikmati akses kepada kandungan secara atas talian atau tanpa penggunaan talian internet di semua paparan, di rumah mahupun alat peranti mudah alih masing-masing. Perkhidmatan percuma ini termasuklah akses kepada lebih 2,200 kandungan, termasuklah box set filem dan drama, program pendidikan yang boleh dimuat turun dan disimpan untuk tontonan pada bila-bila masa, siaran langsung program sukan dan berita, e-dagang menerusi Go Shop dan juga saluran-saluran kegemaran penonton.
NJOI Now berjanji untuk terus memberikan yang terbaik buat pelanggan kami dengan memberi kawalan, pilihan kandungan dan memastikan setiap pelanggan sentiasa berhubung.â€
Strim siaran langsung kandungan on demand secara percuma
NJOI Now menawarkan tontonan siaran langsung bagi program-program sukan di Astro Arena termasuklah Sukan SEA 2017, akses percuma kepada liga bola sepak di Astro Supersport1 bermula 11 hingga 31 Mei, berita terkini di Astro Awani, kandungan pendidikan berkualiti tinggi di Astro Tutor TV, program Islamik yang progresif di Astro Oasis, rancangan variasi popular, drama televisyen dan program-program utama di Astro Prima, Astro Maya, Astro AEC dan Astro Vaanavil. Dalam masa yang sama, pengguna boleh menikmati pengalaman membeli-belah di saluran Go Shop dan menonton semula episod-episod rancangan kegemaran, atau menonton seleksi filem on demand secara percuma.
Pengguna NJOI Now boleh juga mengakses kesemua box-set drama Melayu terbaik seperti Suri Hati Mr Pilot, Isteri Tuan Ihsan, Lara Aishah; program variasi popular, Meja Bulat Sepahtu; drama epik Cina, The Legend of Mi Yue, dan travelog Tamil, KL to KaraKaidu. Senarai kandungan akan diperbaharui secara bulanan.
NJOI Now dilengkapi dengan enjin cadangan yang akan memberi cadangan tentang kandungan yang releven buat pengguna individu. NJOI Now juga mempunyai ciri-ciri muat turun kandungan yang membolehkan pengguna memuat turun kandungan terpilih untuk ditonton tanpa penggunaan talian internet mahupun penggunaan data tambahan.
Pilihan prabayar buat pengguna yang mahukan lebih variasi untuk kandungan premium
Buat individu yang mahukan akses kepada lebih variasi untuk kandungan premium, NJOI Now menawarkan pilihan prabayar untuk akses segera ke saluran dan kandungan tambahan, termasuklah Astro WARNA, Astro RIA, Astro Wah Lai Toi, Hua Hee Dai, filem terkini di Astro First dan Astro Best, dan pelbagai lagi daripada bahagian on demand. Pengguna juga boleh membuat senarai tontonan sendiri, menikmati kandungan dalam paparan definisi tinggi dan mendapat lebih kandungan menerusi prabayar ‘pay as you use’ sedia ada NJOI Now yang membolehkan pengguna untuk membeli hanya kandungan yang dimahukan menerusi Prabayar NJOI daripada kedai-kedai atau kredit kad di aplikasi tersebut.
NJOI Now adalah terbuka buat semua rakyat Malaysia, dan boleh dinikmati di pelbagai alat peranti yang mana buat masa sekarang, seorang pengguna berdaftar boleh menonton di dua alat peranti dalam masa yang sama. Muat turun aplikasi NJOI Now di Google Play Store dan Apple Store di tablet, telefon pintar atau strim secara langsung di njoinow.com.