[dropcap]E[/dropcap]daran Tan Chong Motor (ETCM) bakal menganjurkan pengembaraan 4×4 yang mengujakan, dikenali sebagai Nissan Jurassix Park 2013 di Miri, Sarawak, bermula dari 24 – 26 Mei 2013. Acara ini terbuka kepada semua pelanggan Nissan di Malaysia Timur, terutama mereka yang memiliki model 4×4 seperti Nissan Navara, Frontier dan X-Trail.
[pullquote align=”right”]Pengembaraan Nissan 4×4 di tahap terbaik! Nissan Jurassix Park 2013, Miri[/pullquote]
Pada hari pertama dan ketiga dalam acara yang berlangsung selama tiga hari tersebut, orang ramai berpeluang untuk memandu uji Nissan Navara 4×4 di sekitar litar. Pandu uji ini membolehkan mereka merasai sendiri kuasa dan kemampuan Nissan Navara. Hari kedua pula menyaksikan pertandingan “4×4 Off Road Warrior Challenge”. Ini merupakan acara utama yang eksklusif buat pemilik jentera 4×4 Nissan.
Meluahkan rasa terujanya mengenai acara ini, Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen berkata, “Amat penting bagi para pemilik untuk memahami ciri-ciri dan kemampuan sebuah jentera 4×4. Jadi mereka boleh memanfaatkannya secara sepenuhnya. Ini juga merupakan salah satu daripada banyak acara yang dianjurkan untuk pelanggan-pelanggan setia kami sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka selama ini. Kami percaya pelanggan Nissan berhak menerimanya.”
Dato’ Chen memberitahu, semua pelanggan dijemput untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Nissan. Justeru, acara-acara seperti ini diadakan untuk menunjukkan penghargaan ETCM terhadap sokongan mereka sekian lama.
Sepanjang acara utama ini, para pemilik Nissan diberi peluang untuk lebih memahami tentang kemampuan serta ciri-ciri sebuah trak 4×4. Laluan semula jadi di Tapak Perkampungan Nissan mempunyai sembilan tahap berbeza yang akan menguji kemampuan kenderaan pacuan empat roda Nissan. Para peserta juga perlu bersaing di antara sama lain untuk menempuh laluan tersebut.
Para pelanggan Nissan yang ingin menyertai pengembaraan 4×4 yang menyeronokkan ini boleh melayari laman web Nissan atau Facebook Nissan Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut. Yuran pendaftaran untuk dua orang peserta adalah RM100. Bagi mereka yang memerlukan penginapan untuk satu malam, yuran tambahan yang dikenakan untuk dua orang adalah sebanyak RM100. Sementara bagi mereka yang mahukan penginapan selama dua malam pula, yuran tambahannya adalah RM200 untuk dua orang (jumlah semua RM300). Penyertaan maksimum untuk setiap kenderaan ialah seramai dua orang.
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 11 Mei 2013. Untuk mendaftar, sila hubungi ETCM Miri di talian 085-410851 atau hantarkan e-mel ke alamat: [email protected] .
Maklumat lanjut mengenai model-model Nissan di Malaysia, sila layari laman web: www.nissan.com.my.
Mengenai Tan Chong Motor Holdings Berhad
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) merupakan sayap jualan dan pemasaran kenderaan Nissan di Malaysia. Pada tahun 1957, Tan Chong Motors dilantik sebagai pemegang francais kenderaan Nissan/Datsun di Malaysia. Nissan/Datsun kemudian menjadi jenama paling laris dalam negara pada tahun 1970. TCMH disenaraikan dalam Bursa Malaysia Securities Berhad pada tahun 1974. Secara prinsipnya, Kumpulan terlibat dalam proses pemasangan dan pengedaran kenderaan. Untuk melengkapkan perniagaan auto TCMH, ia menyediakan rangkaian perkhidmatan yang lengkap seperti perkhidmatan selepas jualan kenderaan, pembiayaan sewa beli, pajakan, insurans dan pinjaman peribadi kepada para pelanggannya di ASEAN.