in

Nissan Fashionably KL di Festival Seni MapKL 2013 Publika

NISSAN FASHIONABLY KL RAIKAN SENI FESYEN DAN MUZIK
DENGAN KERJASAMA FESTIVAL SENI MAPKL 2013 PUBLIKA

Dalam menyokong industri seni, muzik dan fesyen tempatan, pengedar kenderaan jenama Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah bekerjasama dengan Festival Seni mapKL 2013 Publika. Nissan Fashionably KL berlangsung mulai 5 – 7 April 2013 yang melibatkan pameran seni, persembahn muzik secara langsung serta pertunjukan fesyen untuk mempromosikan empat model terlaris Nissan – Nissan ALMERA, Nissan TEANA, Nissan X-GEAR dan model yang akan dilancarkan, kereta elektrik sepenuhnya sifar emisi Nissan LEAF.

Nissan

Andrew Tan dari andrewsmodels dengan Encik Tan Keng Meng (4 dari kiri) dan Dato Dr Ang Bon Beng (5 dari kiri) bersama-sama dengan model – model.

Hujung minggu itu dimulakan pada petang 5 April 2013 apabila para jemputan menikmati pengalaman festival Nissan Fashionably KL secara keseluruhannya. Ia dimulakan dengan satu pameran seni berorientasikan fesyen di White Box, sebelum diikuti oleh pertunjukan fesyen eksklusif di Black Box daripada para pereka fesyen tempatan seperti Syomir Izwa, Zleqha dan Allien Gan. Acara itu kemudian diakhiri dengan parti di The Square yang dihiburkan oleh DJ tempatan, Chris Olivia.

Sepanjang hujung minggu, terdapat banyak aktiviti yang boleh disertai oleh orang ramai. Daripada pameran seni di White Box hinggalah persembahan muzik di The Square oleh artis-artis tempatan seperti Nadhira, SonaOne, BeatNation, Caprice, H3, Meliha Faisal dan ramai lagi. Pengunjung juga berpeluang melihat dengan lebih dekat semua kenderaan Nissan sambil menikmati muzik secara langsung.

Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor, Dato’ David Chen Yuen Thiam berkata,

“Kami sangat teruja untuk berkolaborasi dengan nama-nama besar seperti Andrews Models, Publika dan MAP dalam acara eksklusif ini yang berkait rapat dengan fesyen penuh gaya, cita rasa tinggi dan gaya hidup yang Nissan gembira untuk menjadi sebahagian daripadanya.”

“Nissan Fashionably KL sememangnya satu platform terbaik untuk mengaitkan jenama Nissan dengan fesyen yang penuh gaya dan estetik. Ia pastinya akan membangkitkan minat dari kalangan bintang-bintang fesyen, malah mungkin golongan kaya dan terkenal juga.”

Model yang telah memenangi pelbagai anugerah, Nissan TEANA tampil dengan gaya mewah dan moden. Kini ia dilengkapi Sistem Amaran Titik Buta (Blind Spot Warning System) yang memberi amaran kepada pemandu menerusi lampu LED atau Buzzer sekiranya bahaya dikesan dalam zon peka seluas tiga meter panjang dan tiga meter lebar.

Nissan ALMERA merupakan tawaran terbaharu dalam pasaran sedan segmen B bersama ciri-ciri teknologi terkini, gayaan tubuh yang aerodinamik dan ruang kabin luas dalam pakej mampu milik. Ia dibina di atas platform global “V” (versatil) baharu yang menggunakan kerangka ringan tetapi kukuh bersama komponen keselamatan sepenuhnya.

Nissan X-GEAR menggabungkan gayaan luaran berinspirasikan SUV dengan versatiliti dan ruang luas yang mendahului kelasnya. Penampilan luarannya diserlahkan lagi menerusi tempat duduk dan kemasan pintu yang dibalut dengan fabrik “Tartan”. Ia juga praktikal dengan tempat duduk boleh lipat bersama konfigurasi 60:40 yang menggandakan ruang kargo daripada 383L kepada 769L apabila tempat duduk diturunkan.

Kenderaan sifar emisi yang ditunggu-tunggu, Nissan LEAF ialah kereta elektrik 100 peratus. Ia membuktikan sokongan Edaran Tan Chong Motor terhadap inisiatif kerajaan Malaysia untuk mempromosikan teknologi hijau dan memastikan pembangunan yang mapan. LEAF menawarkan pengalaman pemanduan yang unik kerana ia tidak mempunyai enjin pembakaran dalaman diesel atau petrol dan hanya dikuasakan sepenuhnya oleh sebuah motor elektrik.

Semua kereta Nissan ini boleh dilihat mulai 5 hingga 7 April 2013 di Nissan Fashionably KL, Publika. Acara ini terbuka kepada orang ramai pada Sabtu dan Ahad, 6 dan 7 April 2013.

Nissan

Model Nissan dipamerkan di The Square, Publika

Mengenai Tan Chong Motor Holdings Berhad
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) merupakan sayap jualan dan pemasaran kenderaan Nissan di Malaysia. Pada tahun 1957, Tan Chong Motors dilantik sebagai pemegang francais kenderaan Nissan/Datsun di Malaysia. Nissan/Datsun kemudian menjadi jenama paling laris dalam negara pada tahun 1970. TCMH disenaraikan dalam Bursa Malaysia Securities Berhad pada tahun 1974. Secara prinsipnya, Kumpulan terlibat dalam proses pemasangan dan pengedaran kenderaan. Untuk melengkapkan perniagaan auto TCMH, ia menyediakan rangkaian perkhidmatan yang lengkap seperti perkhidmatan selepas jualan kenderaan, pembiayaan sewa beli, pajakan, insurans dan pinjaman peribadi kepada para pelanggannya di ASEAN.

Mengenai Andrewsmodels
Andrewsmodels yang diasaskan pada tahun 1987 merupakan syarikat produksi dan pengurusan model yang diuruskan secara eksklusif oleh East Orion Malaysia. Mereka telah mencipta pengiktirafan dan muncul sebagai salah sebuah agensi pengurusan model paling berpengaruh di rantau Asia Pasifik. Andrewsmodels telah berkembang daripada sebuah agensi model biasa kepada syarikat pengurusan acara dan PR menerusi divisyen bebas mereka yang baru iaitu EVENTSCOMM serta PRCOMM. Perkhidmatan-perkhidmatan utama di bawah pengurusan acara termasuklah melancarkan siri jelajah produk, acara korporat, reka bentuk pentas, pameran, perancangan keseluruhan acara dan pengurusan, di samping PR dan publisiti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramalan Pemenang Anugerah Bintang Popular BH 2012

Majlis Pelancaran Album Zikir Zindagi Dan Ratib Al-Haddad