in , ,

Ning Baizura Selamat Melahirkan Bayi Lelaki di Hari Ulangtahun Perkahwinan Ke-5

Pagi ini, Budiey mendapat satu berita gembira di mana penyanyi terkenal Ning Baizura telah selamat melahirkan bayi lelaki pada hari ini, tanggal 31 Januari 2013, jam 3:06 pagi di Kuala Lumpur.

Yang bestnya ialah, hari ini juga merupakan satu hari istimewa untuk pasangan ini kerana hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan Ning Baizura dan Chris yang ke-5.Wah, ini satu suratan dan kebetulan la kan? Pastinya nanti, pasangan ini akan menyambut wedding anniversary bersama dengan hari jadi anaknya sekaligus dalam satu hari. Wah! Sangat manis sebenarnya.

Syukur alhamdulilah, Ning Baizura dan anaknya berada dalam keadaan sihat.

Budiey tak sabar nak tengok gambar anak atau bayi lelaki Ning Baizura ni. Jika nanti Budiey akan update kat blog ini. Mesti bayi Ning Baizura ni comel. Itu dah kompem!

Sekali lagi tahniah buat Ning Baizura dan suaminya kerana telah menerima seorang cahaya mata pertama ini.

DSC_0044

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Berinai Liyana Jasmay Tema Bollywood

ND Lala Kecewa Dengan Sikap Sharnaaz Ahmad