Pelakon Nina Iskandar mengumumkan berita gembira dia kini sedang hamil anak sulung melalui muat naik status di laman Instagram sebentar tadi. Menerusi Instagram, Nina, 28, berkata kehamilannya itu merupakan satu rahmat dan hadiah paling istimewa untuk dia dan suami.
“Bismillahirrahmirrahim… masa berlalu dengan begitu pantas dan pelbagai perkara berlaku dalam hidup saya dalam masa singkat.
“Kejutan hebat… tetapi hanya rahmat selepas rahmat. Syukur Alhamdulillah, saya dan suami gembira akhirnya dapat mengumumkan pada semua ada si kecil yang sedang dalam perjalanan.
“Terima kasih atas semua doa kalian,”
– Nina Iskandar
Ruangan komen pada foto tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis.
Mereka turut berkongsi keterujaan dan meminta Nina menjaga kandungan dengan baik serta mendoakan agar anak tersebut membesar dengan sihat.
“Alhamdulillah, tahniah macam orang dulu-dulu cakap bunting pelamin.
“Seronoknya dengar berita gembira ini, semoga Nina dan baby sihat sentiasa. Tahniah ya,”
Pada 4 Ogos lalu, Nina Iskandar dan suaminya iaitu penolong pengarah drama, Azlan Adzanan atau dikenali sebagai Lan Lebah melangsungkan majlis resepsi di Cheras, Selangor dengan dihadiri keluarga kedua mempelai serta rakan artis.
Pasangan ini bernikah pada April lalu dalam sebuah majlis sederhana yang hanya dihadiri kedua-dua pihak keluarga.