Apakah cerita sebelum tidur yang paling anda suka ketika zaman kanak-kanak anda? Pastinya kisah yang ‘indah-indah’ yang diharap dapat dijelmakan dalam kehidupan realiti. Menarik menghiburkan anda hujung minggu, usah terlepas meluangkan masa menyaksikan filem Inggeris lakonan Adam Sandler bertajuk “Bedtime Storiesâ€.
Disiarkan pada 6 November ini, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV2, sama-sama kongsikan kisah kehidupan seorang tukang hotel berubah apabila cerita-cerita sebelum tidur yang diceritakan kepada anak saudaranya mula menjadi kenyataan.
Kisahnya bermula dengan seorang lelaki yang sedang mengalami masalah dalam perniagaan hotel dia dan hampir muflis. Kemudian, demi menyelamatkan perniagaan hotelnya, dia telah menjual hotel tersebut kepada seorang orang kaya, Barry Nottingham.
Barry berjanji akan memajukan hotel tersebut serta turut mahu menyerahkan pentadbiran hotel itu kepada anak lelaki tersebut, Skeeter Bronson setelah Skeeter dewasa.
25 tahun kemudian, Skeeter menjadi salah seorang penyelenggara di hotel tersebut dan teringat akan janji Barry kepada bapanya bahawa Barry akan menyerahkan pentadbiran hotel tersebut kepadanya.
Namun angan-angan Skeeter tidak kesampaian kerana Barry telah menyerahkan jawatan tersebut kepada orang lain.
Dalam masa yang sama, Skeeter diminta menjaga anak saudaranya pada waktu malam selama seminggu kerana kakaknya ada urusan luar pejabat. Pada waktu siang, anak saudaranya akan dijaga oleh cikgu mereka, Jill.
Setiap malam, sebelum tidur, Skeeter akan membacakan sebuah cerita sebelum anak saudaranya tidur dan keesokkan harinya, cerita yang dia ceritakan kepadanya berlaku kepada dirinya sendiri.
Lalu apakah yang berlaku seterusnya? Saksikan kesudahan filem yang turut dibintangi oleh Keri Russell dan Courteney Cox ini hanya di TV2.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.