Masih tercari-cari kamera digital yang terkini dan canggih di pasaran? Budiey ada satu cadangan pada anda yang tengah berkira-kira nak beli kamera.
Apa kata pilih Nikon Coolpix S1100pj yang masih fresh dan baru beberapa bulan berada di pasaran.
Tengok kotaknya, ada highlight keistimewaan kamera ini. Nampak tak, ada keluar cahaya macam lampu suluh.
Budiey telah pun memilikinya… dan apa yang Budiey boleh katakan kamera ni memang best. Sebab apa, jap lagi Budiey akan kasi tau.
Apa Ada Dalam Kotak ?
AN-CP17 Strap; UC-E6 USB Cable; EG-CP14 Audio/Video Cable; EN-EL12 Rechargeable Li-ion Battery; MH-65 Battery Charger; ML-L5 Remote Control; TP-1 Stylus pen; Coolpix Software Suite CD-ROM
Kamera ini tersedia dengan 79MB built in memory dan diberikan juga SD card 4GB removable storage. Ia tersedia dalam 4 warna iaitu hitam, perak, hijau dan ungu.
Masa Budiey pertama kali pegang kamera Nikon Coolpix S1100pj ni, aura kamera ni dah terasa lain macam. Oh, patutlah, kamera ni bukan sekadar kamera digital biasa! Ia ada sesuatu yang kamera lain takde.
Antara ciri-ciri keistimewaan kamera ini:
- 14.1 Megapixels
- Incredible Built-In Projector
- 5x Wide-Angle 28-140mm Equivalent Lens
- 5-Way VR Image Stabilization System
- 3′ Touch Clear Color Show
- EXPEED C2 Image Processing
- 720p HD Movie Recording
- Smart Potrait System
- 17 Scene Modes
- Touch Shutter Takes Picture Using LCD
- Subject Tracking
- Tracks Moving Subject
Apa Ada Pada Projector
Ya, Nikon Coolpix S1100pj ada sesuatu extra yang mahu diberikan kepada pengguna. Percaya atau tidak, kamera ini ada built-in projector.
Pastinya ini adalah kamera pertama di dunia yang ada projector. Fungsi projector ni membolehkan kita tengok balik foto dan video yang kita ambil dengan memancarkannya di dinding yang rata. Jadi, boleh tengok dengan ramai-ramai dengan gambar yang lebih jelas dan besar.
Ini adalah kamera kompak pertama di dunia yang dibangunkan dengan fungsi projektor. Sangat sesuai untuk berkongsi gambar, video terus dari kamera mahupun file presentation, yang disimpan didalam pc atau mac tanpa perlukan alat tambahan lain selain kamera projektor nikon itu sendiri dan dedicated software. Dengan sekali tekan butang sahaja, anda boleh melihat paparan di dinding. Bagi Budiey, itu sudah membuktikan kamera ini cukup hebat.
Dengan adanya 14 lumens, cahaya dipertingkatkan lagi untuk projector kamera ini dengan sebanyak 40% lebih tinggi. Jadi, kita boleh tengok foto dengan menggunakan projector walaupun di tempat yang terang.
Cakap pasal projector ni, Budiey ada rakam video dan dalam video ni sebenarnya Budiey nak tunjukkan apa yang boleh kita buat dengan projector. Sebenarnya, macam-macam boleh buat. Kalau anda kreatif dan inovatif, memang macam-macam idea boleh buat dengan projector ni.
Maksud Budiey, selain boleh tayang slideshow foto atau video, projector ni sebenarnya boleh buat gaya hidup kita lebih mudah dan sangat FUN!
Okay, kalau tak faham lagi dengan apa yang Budiey terangkan ni, jom klik video di bawah ni:
14 Megapixel
Tentunya, berbeza dengan model sebelum ini, Nikon Coolpix S1100pj ini dipertingkatkan megapixel. Kalau model sebelum ini Nikon Coolpix S1000 cuma ada 12 megapixel, tapi untuk model terbaru ini, ia dimantapkan dengan 14 megapixel. Optical zoom masih lagi sama dengan focal range 28-140 mm dengan 5Xoptical zoom dengan kecerahan f/3.9-5.8. Namun, untuk mengurangkan pergerakan kabur, kamera ini dilengkapi dengan optical dan electronic stabilizer.
Video Promo dari Youtube:
Senang & Cepat Digunakan
Nikon Coolpix S1100pj boleh dihubung terus ke PC atau Mac dengan senang. Dengan cara ini, ia menyenangkan lagi foto atau video disimpan ke PC semasa presentation. Kamera ini sangat cepat dan tak perlu menunggu lama untuk memproses dan snap foto.
Camera Body
Reka bentuknya memang senang dipegang. Dengan adanya round lines di sekitar kamera ini membolehkan kita rasa selesa untuk mengambil gambar. Bahagian depan kamera ini nampak rata dan compact dan lebih smooth. Bahagian projector juga taklah menampakkan kamera ini adalah projector kamera.
3’ Touchscreen
Dengan skrin selebar 3 inci di ruang belakang kamera Nikon Coolpix S1100pj menjadikan ia senang dikendalikan sebab ada fungsi multi-control button. Yang penting model terbaru ni ada high resolution iaitu 460,000 dot 3-inch format touchscreen.
Smart Potrait System dengan Skin Softening
Face-priority AF membantu untuk mengambil gambar potrait dan mengesan wajah dan akan secara automatik fokus sebanyak 12 wajah dalam satu frame. Fungsi Skin Softening akan menjadikan wajah lebih lembut dan lebih nampak lebih cantik tanpa perlu diedit.
Video Projection Camera
Bergantung pada resolution sebenarnya. Untuk kamera ini VGA (640X480 pixel) tapi display dipertingkatkan menjadikannya lebih cerah. Saiz display diantara 12.7cm dan 119cm (5-47 inci), di mana jarak antara kamera dengan permukaan projection antara 0.26 hingga 4 meter.
Kamera ini dapat merekod video HD berdefinisi tinggi 720p movie. Lagi istimewa bila kamera ini siap dengan animated karakter yang boleh berhubung dengan wajah yang detect melalui autofokus semasa memilih untuk muzik latar. Contohnya, kita boleh muatkan muzik latar atau suara orang ketawa semasa presentation di projektor. Budiey nasihatkan anda caj dulu bateri untuk lebih lama buat video projection.
Nak gambar lebih cantik, jelas dan besar, bolehlah guna 14 megapixel berukuran ½.33 inci dapat mengelak daripada foto yang noisy walapun dalam kelajuan ISO yang slow serendah ISO 200.
File Quality
Ada 2 jenis setting kualiti JPEG untuk full resolution iaitu Normal dan High. Nikon Coolpix S1100pj tidak boleh shoot dalam setting RAW.
Macro
Semasa mengambil gambar jarak dekat atau macro, Budiey rasa Nikon Coolpix S1100pj memang terbaik. Jarak minima iaitu 3cm.
Budiey dah cuba mengambil gambar dengan menggunakan scene macro. Memang performancenya bagus. Tapi kenalah focus dekat dengan jarak 3cm dari objek. Untuk nampak lebih jelas, boleh guna Anti-Shake di mana ia membolehkan gambar kabur dan nampak sharp di bawah cahaya yang rendah atau semasa menggunakan zoom.
Pengalaman Pertama Guna Nikon Coolpix S1100pj
Pengalaman pertama menggunakan kamera ini, Budiey rasa excited. Tapi first kena belajar dulu. Satu perkara yang paling penting, kena baca manual dulu sebelum guna. Kebetulan Budiey terbang ke Bangkok untuk sesi lawatan, jadi alang-alang ke sana, bolehlah try dulu kamera ni.
Kat Bangkok, Budiey ada ambil beberapa gambar. Yang pasti, untuk yang suka jalan-jalan, kamera ni memang pilihan yang tepat sebab ada banyak scenes mode kita boleh guna.
First time guna projector kamera ni masa kat Bangkok memang agak memeranjatkan juga. Masa perkenalkan kamera ni kepada kawan-kawan media yang lain, mereka mulanya tak percaya kamera ni ada projector. Dan memang best bila diorang cakap mahu beli kamera ni.
Di Bangkok juga, Budiey berpeluang bercakap dengan pengarah & penerbit terkenal, A.Latif Mohaideen. Sambil borak-borak, Budiey buat slideshow menggunakan kamera ni dengan menggunakan projector.
Penerbit filem A.Latif nyata terkejut dengan teknologi terkini dari Nikon ni. Memang sesuai untuk buat presentation katanya. Tak perlu bawa projector yang besar lagi berat tu. Kos pun taklah mahal.
Kalau macam tu, Budiey sarankan kepada pengarah dan pembikin filem, kena beli kamera ni untuk memudahkan mereka buat presentation dan bikin filem dengan senang.
Memang betul, kalau nak cari lokasi pengambaran pun senang. Nak cari angle mana yang lebih elok atau nak cari tempat yang sesuai untuk shooting.
Rumusannya, untuk korang yang suka travel, memang sesuailah kamera ni untuk korang.
Scene
Ada 17 scene semuanya. Jadi, pengguna boleh menekan butang scene untuk menyenangkan cara mengambil gambar mengikut keadaan dan situasi. Antara scene ialah Potrait, Sport, Night Potrait, Party / Indoor, Beach, Snow, Sunset, Dusk/Dawn, Night Landscape, Close-up, Food, Museum, Copy, Backlighting, Firework Show dan Panoramic.
Scene – Landscape
Scene – Easy auto mode
Scene – Landscape
Scene – Food
Scene – Auto Mode
Flash Mode – Fill Flash
Rumusannya, kalau nak ambik gambar, kenalah mengikut kehendak dan citarasa anda. Pendek kata, kamera Nikon Coolpix S1100pj menjanjikan kepuasan untuk semua pengguna. Ia senang dan cepat digunakan. Jadi, apa berkira lagi, mahu gambar yang lebih warna dengan kemudahan projector? Nikon Coolpix S1100pj satu pilihan yang tepat!