Ramadan bukan sekadar bulan untuk berpuasa, tetapi juga waktu yang tepat untuk bermuhasabah, berehat, dan mencari ketenangan jiwa. Walaupun ia boleh menjadi mencabar dengan persiapan makanan, waktu sahur yang awal, serta jadual solat yang padat, bulan ini memberikan peluang terbaik untuk lebih mendekatkan diri dengan agama, mengeratkan hubungan kekeluargaan, dan meningkatkan refleksi diri. Salah satu cara terbaik untuk menikmati Ramadan tanpa tekanan ialah dengan menginap di hotel yang menawarkan keselesaan maksimum, kemudahan beribadah, serta juadah sahur dan iftar yang lazat.
Buat anda yang sedang mencari tempat penginapan terbaik untuk Ramadan kali ini, berikut adalah beberapa hotel di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan khas bagi memenuhi keperluan sepanjang bulan mulia ini.
Hotel Dengan Hidangan Sahur & Iftar Yang Mudah dan Enak
Lupakan mi segera dan bijirin untuk sahur kali ini! Apa kata anda manjakan diri dengan hidangan sahur yang lebih lengkap dan menyelerakan? Beberapa hotel seperti The St. Regis Kuala Lumpur, W Kuala Lumpur, dan Aloft Langkawi menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan sahur terus ke bilik, jadi anda boleh menikmati hidangan dengan lebih selesa tanpa perlu bersusah payah keluar dari bilik.
Untuk pilihan lebih sihat dan berkhasiat, Le Méridien Kuala Lumpur menyediakan pelbagai menu sahur yang boleh dinikmati melalui perkhidmatan bilik. Jika anda berada di Miri Marriott Resort & Spa, sahur anda akan menjadi lebih istimewa dengan menu khas dari chef jemputan dari Lubnan, Mustapha Hallal, yang menyajikan hidangan Timur Tengah sepanjang Ramadan.
Bagi pencinta buffet sahur, hotel seperti Aloft Kuala Lumpur Sentral, Iconic Marjorie Hotel, Courtyard by Marriott Melaka, dan The Westin Kuala Lumpur menyajikan pelbagai pilihan hidangan dari jam 4 pagi ke atas.
Manakala untuk iftar, terdapat banyak pilihan bufet Ramadan yang menawarkan pelbagai sajian tradisional dan moden. Jika anda gemarkan suasana nostalgia dengan menu kampung, The St. Regis Kuala Lumpur, The Westin Kuala Lumpur, Fairfield by Marriott KL, dan Courtyard by Marriott Melaka menyajikan menu seperti kambing golek, bubur lambuk, dan pelbagai juadah Melayu klasik.
Jika anda ingin mencuba sentuhan unik dalam hidangan iftar, Aloft Kuala Lumpur Sentral dan Iconic Marjorie Hotel menggabungkan rasa warisan Peranakan dengan sajian pantai Melayu yang beraroma. Manakala Aloft Langkawi dan W Kuala Lumpur menghadirkan suasana pasar malam dengan pilihan makanan jalanan yang meriah serta gabungan citarasa Malaysia, Pan-Asia, dan Timur Tengah.
Untuk pengalaman iftar yang lebih mewah, Miri Marriott Resort & Spa menyajikan bufet Timur Tengah dengan sentuhan asli dari chef Mustapha Hallal, sementara Sheraton Kuching Hotel menampilkan menu antarabangsa oleh chef jemputan yang mahir dalam pelbagai jenis masakan.
Hotel Berdekatan Masjid & Kemudahan Solat
Selain menikmati hidangan yang lazat, kemudahan untuk menunaikan solat dengan mudah juga sangat penting sepanjang Ramadan. Beberapa hotel seperti Aloft Kuala Lumpur Sentral, Le Méridien Kuala Lumpur, Miri Marriott Resort & Spa, dan Aloft Langkawi menyediakan ruang solat khas bagi memudahkan tetamu menunaikan ibadah tanpa gangguan.
Jika anda mencari pengalaman solat yang lebih mendalam, Sheraton Kuching Hotel menyediakan fasiliti solat khas dengan imam jemputan yang akan memimpin solat tarawih.
Selain itu, beberapa hotel juga terletak berhampiran dengan masjid utama, memudahkan anda untuk menunaikan solat secara berjemaah. Sebagai contoh, Iconic Marjorie Hotel hanya 10 minit dari Masjid Jamek Sungai Nibong, manakala Courtyard by Marriott Melaka berdekatan dengan Masjid Al-Azim dan Masjid Kampung Hulu yang berusia 300 tahun. Jika anda menginap di Aloft Langkawi, anda boleh mengunjungi Masjid Al-Ehsan Temoyong yang terletak hanya 7 minit pemanduan dari hotel.
Rehat, Renung & Luangkan Masa Bersama Keluarga
Ramadan bukan sekadar bulan berpuasa, tetapi juga masa terbaik untuk menjaga diri dan meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga. Sebelum sibuk dengan persiapan Hari Raya, apa kata anda berehat seketika dengan percutian pendek yang menenangkan?
Bagi mereka yang mengutamakan tidur yang lena dan berkualiti, Le Méridien Kuala Lumpur dan The Westin Kuala Lumpur menawarkan pengalaman tidur yang luar biasa dengan Signature Bedding dan Heavenly Bed mereka. Keselesaan maksimum ini membantu anda bangun sahur dengan lebih segar serta berehat dengan tenang selepas solat tarawih.
Untuk keluarga yang membawa anak kecil, hotel seperti Miri Marriott Resort & Spa menawarkan aktiviti menarik seperti berenang di kolam luas, menjadikan masa menunggu berbuka lebih menyeronokkan. Aloft Langkawi pula menambah elemen kreatif dalam Ramadan dengan sesi melukis batik, membolehkan si kecil mengekspresikan kreativiti mereka sementara ibu bapa berehat di tepi kolam infiniti.
Untuk pengalaman lebih menyeronokkan, program Camp Aloft di hotel ini membolehkan kanak-kanak menikmati pelbagai permainan, mainan, dan tayangan filem sepanjang penginapan mereka.
Apa Kata Budiey?
Ramadan seharusnya menjadi waktu yang penuh ketenangan, refleksi, dan kebersamaan bersama keluarga. Dengan memilih hotel yang menawarkan hidangan sahur dan iftar yang berkualiti, kemudahan solat yang lengkap, serta pengalaman percutian yang mendamaikan, anda bukan sahaja dapat menikmati ibadah dengan lebih sempurna, tetapi juga dapat merehatkan diri sebelum menyambut Syawal.
Marriott Bonvoy telah membawa pengalaman staycation ke satu tahap lebih tinggi dengan menyediakan kemudahan yang memberi keutamaan kepada kesejahteraan spiritual, mental, dan fizikal tetamu mereka. Jadi, jika anda ingin menikmati Ramadan dengan cara yang lebih tenang dan bermakna, menginap di hotel-hotel ini mungkin pilihan terbaik untuk anda!
Jadi, hotel mana yang menjadi pilihan anda untuk Ramadan kali ini?