Diberi judul “The World From Above”, penonton dapat menyaksikan keunikan tersendiri negara dalam dunia yang dipilih menerusi tajuk-tajuk antaranya Cape Town to Drakensberg, Hudson to New York, Rødby to Kronborg Castle, New Bedford to Provincetown, Spion Kop to Cederberg Mountains, Champlain to Niagara, Menorca, Lindau to Berchtesgaden dan Bracança to Almeida.
Dokumentari unik ini menawarkan pemandangan dunia yang sama sekali berbeza. Dari 10,000 kaki, ke bawah hingga beberapa kaki, kamera udara definisi tinggi yang stabil mencari keindahan, serta dramatik, dalam perjalanan merentasi bahagian dunia yang sangat berbeza.
Setiap episod membawa penonton dalam menelurusi perjalanan indah dan menawarkan dunia dari sudut baharu. Lokasi pilihan dari pantai yang indah hingga ke gunung yang tinggi, bandar yang hebat hingga ke perkampungan puncak bukit, istana yang hebat hingga ke kubu purba, jambatan yang mengagumkan hingga ke kapal yang besar, air terjun yang tinggi ke sungai yang besar dan juga keajaiban alam semula jadi yang hebat di dunia, seperti Air Terjun Niagara di Amerika Syarikat dan Table Mountain di Afrika Selatan.
Keseluruhan program menawarkan sekurang-kurangnya dua puluh lima tempat, yang semuanya mempunyai kisah untuk diceritakan, sama ada dari sudut pandangan bersejarah, atau hanya keindahan landskap semata-mata.
“The World From Above”, membolehkan penonton duduk dan menikmati perspektif dunia kita yang berbeza dan sering mendebarkan daripada keselesaan kerusi berlengan. Pada satu ketika kamera boleh berada terus di atas sebuah air terjun yang besar, pada satu masa lagi terbang pada beberapa kaki di atas jalan padang pasir, tinggi di awan, berhampiran dengan pesawat yang berlepas atau beribu-ribu kaki di atas bandar yang hebat.
Usah ketinggalan menyaksikan dokumentari khas ini di TV1.