in , ,

Nikmati Menu Masakan Arab & Timur Tengah di Restoran Hadramawt Palace Bukit Bintang

Dekorasi menarik dengan mengetengahkan warna hitam dan putih selain dinding diukir khas pereka dalaman yang diterbangkan dari negara Arab membuatkan tetamu pasti dapat merasakan suasana berbeza dan unik sebaik melangkah masuk ke dalam.

Ruang yang lebih luas ditambah pula penyediaan bilik golongan kenamaan (VIP) memberikan restoran ini imej yang lebih privasi. Pada masa sama, ruang untuk keluarga dan rakan-rakan melepak santai turut disediakan sambil diiringi alunan lagu-lagu Arab.

Justeru, bagi anda penggemar makanan Arab terutama hidangan Nasi Arab, Nasi Mandy dan Nasi Malqubah ayam atau kambing, Hadramawt Palace adalah lokasi yang paling tepat.

Restoran Hadramawt Palace Bukit Bintang

Hadramawt Palace yang beroperasi sejak tahun 2011 kini terus mencuri tumpuan kerana merupakan restoran menjadi pilihan utama pelancong Timur Tengah dan warga Kuala Lumpur untuk menikmati menu masakan Arab dan Timur Tengah.

Restoran Hadramawt Palace Bukit Bintang

Menu popular yang disediakan yang terletak di Bukit Bintang itu semuanya asli dari Lebanon, Syria dan Yemen dengan menggunakan chef khas dan rempah ratus yang turut diimport dari negara berkenaan bagi memberi kelainan dan pengalaman baharu kepada pengunjung.

Dekorasi dan rekabentuk ‘istana hinggap’ untuk menikmati makanan autentik dari Timur Tengah khususnya masakan Yemeni, Syria dan Lebanon ini yang dibina pada kos kira-kira RM1 juta memang cantik.

Restoran Hadramawt Palace Bukit Bintang

Tiada siapa yang melangkah masuk ke restoran ini tidak akan terlepas dari bergambar terutama pada bilik kenamaan (vip) yang mampu menempatkan seramai 8 pelanggan pada harga RM100 seorang ini.

Diusahakan bersama tiga rakan kongsinya, Hadramawt Palace turut menawarkan pelbagai perkhidmatan catering secara pek dan dengan keluasan restoran yang boleh menampung 300 pelanggan, restoran itu turut dibuka khusus buat mereka yang ingin mengadakan pelbagai majlis.

Restoran Hadramawt Palace Bukit Bintang

Bagi yang menggemari makanan Arab terutamanya Nasi Arab, Hadramawt Palace pastinya tidak mengecewakan.

Sementara itu, sebagai langkah pencegahan wabak Covid-19, kakitangan Hadramawt Palace turut mematuhi antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPP).

Restoran Hadramawt Palace Bukit Bintang

Pengarah Hadramawt Palace, Faris Abdul Rahman berkata, pihaknya sangat komited mengikut garis panduan, selain merekod butiran pelanggan yang datang iaitu nama penuh, nombor telefon serta mengambil suhu badan pekerja dan pelanggan.

“Di dalam restoran pula, susun atur meja ditetapkan dengan jarak dua meter antara meja bagi memastikan penjarakan sosial.

“Pada masa sama, hanya dua pelanggan dibenarkan duduk semeja dengan setiap meja disediakan cecair pembasmi kuman.

“Apa yang kami lakukan ini bagi memastikan pelanggan yang hadir berasa selamat untuk menikmati menu yang disediakan tanpa ragu-ragu,”

– Faris Abdul Rahman
Restoran Hadramawt Palace Bukit Bintang

Mengulas lanjut, Faris menambah, sejak arahan Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP), restoran itu tidak beroperasi selama tiga bulan dan hanya menumpukan kepada pesanan secara atas talian dan konsep bungkus untuk dibawa pulang.

Namun  jelas beliau, konsep pek yang diperkenalkan mendapat sambutan luar biasa kerana mendapat pilihan banyak syarikat-syarikat korporat bagi program korporat tanggungjawab sosial untuk sumbangan nasi Arab kepada barisan petugas hadapan.

“Sama ada menikmati menu kami di sini atau dibawa pulang, pihaknya kami sentiasa menitikberatkan langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 ini.

“Namun pelanggan juga perlu bersedia menghadapi perubahan kehidupan dengan adanya ‘normal baharu’ ini,”

– Faris Abdul Rahman
Restoran Hadramawt Palace Bukit Bintang

Konsep pek itu disediakan untuk 20 tempahan ke atas.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan tempahan, orang ramai boleh menghubungi Restoran Hadramawt Palace Kuala Lumpur di talian 03-21433333 atau cawangan Melaka di talian 062866662 atau layari Instagram: Hadramawt.palace.restaurant

Restoran Hadramawt Palace Bukit Bintang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengisian Istimewa Geng Pagi Hot Makin ‘Hot’

LIFE* Malaysia’s Telco-Media With Non-Stop Entertainment