in ,

Nikmati Juadah Buka Puasa Enak & Menyelerakan di Pavilion Bukit Jalil

Raikan Momen Berbuka Dengan Pelbagai Pilihan Makanan Halal Yang Lazat, Suasana Mesra Keluarga, Dan Pengalaman Gastronomi Unik Di Bawah Satu Bumbung

Bulan Ramadan bukan sahaja membawa keberkatan dan peluang untuk kita memperbanyakkan ibadah, tetapi juga menjadi detik istimewa untuk kita berkumpul bersama orang tersayang sambil menikmati hidangan yang enak selepas seharian berpuasa.

Kalau korang masih tercari-cari tempat menarik untuk berbuka puasa, Pavilion Bukit Jalil ada lebih 50 pilihan restoran halal dan mesra Muslim yang sedia memanjakan selera korang. Dari menu tradisional yang membangkitkan nostalgia, sajian fusion moden yang unik, hingga pencuci mulut yang manis dan menyegarkan – semuanya boleh korang nikmati dalam suasana yang selesa dan meriah, semuanya di bawah satu bumbung!

Nikmati Juadah Buka Puasa Enak & Menyelerakan di Pavilion Bukit Jalil

Rasa Berbeza Untuk Iftar: Sajian Unik Dan Penuh Kejutan

Kadang-kadang kita mahukan sesuatu yang lain daripada kebiasaan untuk berbuka, bukan? Kalau korang rasa nak ‘spice up’ iftar korang, boleh cuba Richeese Factory yang terkenal dengan menu Fire Chicken – ayam pedas berapi yang disajikan bersama sos keju berkrim, memang gabungan mantap antara pedas dan lemak yang pasti memuaskan! Kalau rasa nak kongsi hidangan dengan kawan-kawan, jom ke Eat Pizza, di mana pizza bersaiz 25cm gaya Korea disediakan segar, panas dari ketuhar dengan topping yang penuh dan lazat. Lepas makan pedas-pedas, boleh sejukkan tekak dengan minuman teh yang menyegarkan dari teazzi – pelbagai jenis teh sejuk yang memang sesuai untuk hilangkan dahaga lepas berpuasa.

Lokasi:

  • Richeese Factory – Level 1 (Orange Zone)
  • Eat Pizza – Level 1 (Pink Zone)
  • teazzi – Level 2 (Pink Zone)

Hidangan Tradisional Yang Menyentuh Jiwa: Juadah Keluarga Untuk Berbuka

Apa yang lebih mengenyangkan dan menenangkan selain dari makanan tradisional yang penuh rasa kasih sayang? Selepas seharian berpuasa, perut pasti mengidamkan sesuatu yang familiar dan menghangatkan jiwa. Korang boleh singgah ke D’Laksa untuk semangkuk Asam Laksa yang kaya dengan rasa masam dan pedas, ditambah aroma herba yang memikat. Kalau minat mi tarik buatan tangan, MEE HIRIS CHINA MUSLIM ada mi segar yang disajikan dalam kuah berempah pekat dan lazat. Nak berbuka sambil ‘masak-masak’ dengan keluarga? Cubalah Nabe Hotpot dan Sukiyaki, di mana korang boleh celup sendiri daging, makanan laut, dan sayur-sayuran dalam kuah sup pilihan – pengalaman interaktif yang bukan saja menyeronokkan, tapi eratkan hubungan kekeluargaan. Bagi yang suka rasa tempatan dengan gaya moden, Seniman menawarkan sajian fusion Malaysia yang kreatif – gabungan rasa lama dan baru yang mencetuskan kelainan.

Lokasi:

  • D’Laksa – Level 1 (Orange Zone)
  • MEE HIRIS CHINA MUSLIM – Level 1 (Pink Zone)
  • Nabe Hotpot dan Sukiyaki – Level 3 (Pink Zone)
  • Seniman – Level 4 (Orange Zone)

Iftar Berdua Yang Santai Dan Romantik

Kadang-kadang, kita hanya perlukan momen tenang dan intim bersama pasangan untuk berbuka puasa. Tak perlu meja panjang dan juadah mewah, cukup dengan suasana santai dan hidangan ringan yang mengenyangkan. Bask Bear Supreme menyajikan pilihan makanan seperti wrap rangup dan nasi pelbagai gaya yang ringkas tapi penuh rasa. Kalau pasangan korang penggemar sushi, Sushi Jiro menawarkan sushi dan sashimi segar – ringan di perut, sesuai selepas seharian berpuasa. Nak rasa ayam goreng ala Korea? Kyochon 1991 menyajikan ayam goreng rangup bersalut sos soya bawang putih atau pedas, memang sedap dimakan bersama. Sama ada korang suka suasana kafe comel, bar sushi yang elegan, atau ayam goreng penuh rasa, Pavilion Bukit Jalil ada semuanya untuk iftar berdua yang tak akan dilupakan.

Lokasi:

  • Bask Bear Supreme – Level 1 (Orange Zone)
  • Sushi Jiro – Level 1 (Pink Zone)
  • Kyochon 1991 – Level 3 (Pink Zone)

Pencuci Mulut Yang Menyegarkan: Penutup Manis Untuk Iftar Anda

Selepas berbuka, memang best kalau dapat menikmati pencuci mulut yang sejuk dan manis. Korang mesti cuba Penang Chendul – cendol ikonik dengan santan pekat, gula Melaka asli dan bahan-bahan segar, sesuai sangat untuk menyejukkan badan selepas seharian berpuasa. Nak minuman yang ringan dan penuh khasiat? Shuyi ada teh cincau campur buah-buahan segar, memang ‘kick’ rasanya. Kalau suka ais kisar, Yam Fresh menyajikan ais berperisa dengan snek ringan – manis, sejuk dan puas hati. Sempurna untuk melengkapkan pengalaman iftar korang dengan rasa yang menyegarkan.

Lokasi:

  • Penang Chendul – Level 1 (Orange Zone)
  • Shuyi – Level 1 (Orange Zone)
  • Yam Fresh – Level 3 (Orange Zone)
Nikmati Juadah Buka Puasa Enak & Menyelerakan di Pavilion Bukit Jalil

Pavilion Bukit Jalil: Destinasi Iftar Terbaik Untuk Ramadan Ini

Tak kira korang berbuka dengan keluarga tersayang, sahabat lama, atau pasangan hati, Pavilion Bukit Jalil menyediakan segalanya – dari hidangan tradisional yang mendamaikan, rasa antarabangsa yang berani, hingga pencuci mulut yang menyegarkan. Dengan lebih 50 pilihan tempat makan halal dan mesra Muslim, korang pasti akan jumpa tempat yang sesuai untuk setiap citarasa. Jadikan bulan Ramadan ini lebih bermakna dengan berkumpul, menjamu selera, dan mencipta memori iftar yang tidak dapat dilupakan di Pavilion Bukit Jalil!

Apa Kata Budiey?

Ramadan ini adalah masa terbaik untuk kita saling menghargai dan meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang. Jadi, Budiey sarankan untuk korang cuba sendiri pengalaman iftar di Pavilion Bukit Jalil – bukan sahaja kerana pilihan makanan yang pelbagai dan menyelerakan, tetapi juga suasana yang kondusif, bersih dan mesra Muslim. Tambahan pula, kemudahan surau juga ada, jadi korang tak perlu risau untuk menunaikan solat tarawih selepas berbuka. Dengan konsep ‘semua ada di sini’, Pavilion Bukit Jalil memang lokasi yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin menikmati iftar dengan gaya tersendiri – sama ada ringkas atau mewah. Kalau nak lebih jimat, boleh plan awal dan buat tempahan meja – confirm pengalaman berbuka korang jadi luar biasa!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert ‘Slam X Exists: Our Journey’ Bakal Gegar Mega Star Arena 26 Julai Ini

Variante Rai 20 Tahun Dengan Koleksi Gemilang Raya Penuh Gaya Tradisi