Bagi korang yang tengah tunggu masa terbaik untuk beli smartphone baharu atau upgrade peranti, berita baik kini tiba! realme sekali lagi tampil dengan promosi hebat melalui Jualan 4.4 Double Digit, menawarkan diskaun lumayan serta ganjaran menarik yang korang tak patut lepaskan. Promosi ini berlangsung secara eksklusif di platform popular seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop mulai awal April ini.
Diskaun Terbaik di Shopee Untuk Dua Hari Sahaja!
Pada 3 hingga 4 April 2025, pengguna Shopee akan menikmati tawaran diskaun sehingga 50% untuk pelbagai model smartphone realme terpilih. Bukan itu sahaja, korang juga boleh dapat tambahan 15% cashback Shopee serta voucher penghantaran percuma! Memang jimat habis dan sesuai sangat untuk sesiapa yang nak beli phone baru atau aksesori tambahan.
Antara highlight utama di Shopee ialah realme GT 6T, smartphone flagship yang biasanya dijual pada harga RM2,399 tapi sempena jualan ini boleh dimiliki dengan hanya RM1,779 sahaja selepas potongan baucar kedai. Turut menarik perhatian adalah realme Note 60x, smartphone mampu milik eksklusif di Shopee, yang kini boleh didapati dengan harga istimewa RM315 sahaja berbanding harga asal RM369.
Untuk peminat tablet pula, jangan lepaskan peluang memiliki realme Pad 2 dengan spesifikasi mantap (6GB RAM + 128GB storan) pada harga luar biasa, iaitu hanya RM959 daripada harga asal RM1,299. Malah, korang juga bakal mendapat hadiah percuma berupa keyboard, pen stylus, dan casing bernilai RM327 secara percuma. Memang berbaloi!
Jualan Lazada Berlangsung Lebih Lama Dengan Tawaran Hebat!
Untuk korang yang suka shopping di Lazada pula, realme menawarkan promosi selama empat hari berturut-turut bermula dari 3 hingga 6 April 2025. Pelbagai model menarik seperti realme 13 Pro+ 5G akan turun harga dari RM2,299 kepada hanya RM1,799. Selain itu, realme 14x (8GB RAM + 128GB storan) dan model bajet seperti realme C61 turut ditawarkan pada harga istimewa RM799 dan RM449 sahaja selepas penggunaan baucar platform sebanyak 12%.
Promosi TikTok Shop Dengan Cashback Hingga 8%!
Peminat TikTok juga jangan ketinggalan kerana promosi realme di TikTok Shop menawarkan potongan harga hebat sehingga RM600, ditambah pula cashback tambahan sebanyak 8%! Promosi menarik ini berlangsung dari 4 hingga 6 April 2025.
Antara model paling menarik di TikTok Shop ialah realme 12+, smartphone canggih dengan spesifikasi hebat yang ditawarkan pada harga hanya RM999 berbanding harga asal RM1,499. Begitu juga dengan realme 14x (8GB RAM + 256GB storan) yang turun harga menjadi RM999, serta pilihan bajet realme C65 yang kini dijual pada harga RM599 sahaja dari RM699.
Apa Kata Budiey?
Pada pendapat Budiey, inilah masa terbaik untuk korang mendapatkan peranti idaman daripada realme dengan harga super murah serta ganjaran eksklusif. Dengan tawaran cashback yang menarik, diskaun besar-besaran, dan hadiah tambahan seperti keyboard serta casing percuma, promosi kali ini memang terbaik untuk pengguna yang bijak berbelanja. Korang jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk upgrade phone atau tambah koleksi gadget korang. Pastikan siap sedia pada tarikh-tarikh penting ini dan nikmati penjimatan luar biasa bersama realme!