Ramadan bakal menjelang, dan Royale Chulan Hotels & Resorts mengajak anda untuk menikmati pengalaman berbuka puasa yang luar biasa dengan bufet istimewa bertemakan Warna Rasa Ramadan.
Menampilkan lebih daripada 150 pilihan hidangan lazat, setiap hotel di bawah rangkaian ini telah menyediakan menu eksklusif yang menggabungkan lauk-pauk tradisional Melayu, juadah tempatan, serta hidangan Asia dan antarabangsa.
Dengan suasana yang nyaman dan konsep berbuka yang unik di setiap lokasi, anda dan keluarga pasti akan menikmati pengalaman berbuka yang penuh kenangan.
Royale Chulan Kuala Lumpur (3 – 29 Mac 2025)
Berbuka Puasa dalam Suasana Kampung di Taman Mahsuri
Bagi yang merindui suasana kampung, Taman Mahsuri di Royale Chulan Kuala Lumpur adalah lokasi yang ideal. Dengan dekorasi motif awan larat, gerai pondok, kehijauan yang menyegarkan, serta air terjun yang menenangkan, suasana ini benar-benar menghidupkan semangat Ramadan. Tambahan pula, persembahan muzik secara langsung yang menggabungkan irama tradisional dan moden akan menghiburkan para tetamu sepanjang waktu berbuka.
Lebih menarik, kaunter Zakat turut disediakan di lobi hotel untuk memudahkan para tetamu menunaikan ibadah mereka, sementara solat Tarawih boleh dilakukan di bilik Tun Sri Lanang. Antara hidangan yang wajib dicuba termasuk Udang Nestum, Kerabu Maggi, Satay, Ikan Bakar Portuguese, Kambing Golek, Nasi Kerabu, Air Balang, serta pelbagai juadah dari gerai interaktif.
Harga Bufet:
- Promosi Early Bird (sehingga 15 Februari): RM188 nett
- Dewasa: RM228 nett | Kanak-kanak: RM110 nett | Warga emas: RM188 nett
- Tempahan: 019-325 4718 atau email [email protected]
Royale Chulan Seremban (2 – 30 Mac 2025)
Kelezatan Masakan Tradisional Negeri Sembilan
Di Royale Chulan Seremban, nikmati keenakan juadah Negeri Sembilan yang kaya dengan rasa seperti Paru Berlada, Rendang Pucuk Ubi, dan Daging Salai Lemak Mangga Muda. Lebih daripada 150 hidangan lauk-pauk serta 10 gerai aksi langsung menampilkan sajian menarik seperti Kawah Oxtail Asam Pedas, Rendang Itik Pucuk Maman, Nasi Hujan Panas, Pasembor, Cucur Kurma, Yong Tau Foo, Shawarma, Sotong dan Ikan Bakar, Satay, Serawa Durian, dan Kambing Panggang.
Para tetamu juga tidak perlu risau mengenai keselesaan kerana hotel ini menyediakan ruang solat dan tempat wuduk yang bersih serta tempat letak kereta yang luas.
Harga Bufet:
- Promosi Early Bird (sehingga 30 Februari): RM110 nett
- Dewasa: RM130 nett | Kanak-kanak: RM80 nett | Warga emas: RM100 nett
- Tempahan: 06-766 6666 atau WhatsApp 016 920 9891
Royale Chulan Damansara (2 – 29 Mac 2025)
Sajian Interaktif & Solat Tarawih di Royale Chulan Damansara
Sorotan utama bufet di sini termasuk Kambing Golek yang lembut, Asam Pedas Pari yang menyengat, Nasi Kerabu yang berwarna-warni, serta pemanis mulut seperti Serawa Durian dan Kuih Melayu. Tetamu juga dapat menikmati pengalaman unik dengan gerai Barbeku dan Lok-Lok.
Menjadikan pengalaman berbuka lebih bermakna, Royale Chulan Damansara turut menyediakan solat Tarawih di bilik acara hotel pada setiap Khamis hingga Ahad, membolehkan tetamu menjalani ibadah dan menikmati hidangan berbuka dalam satu tempat yang selesa.
Harga Bufet:
- Promosi Early Bird (sehingga 10 Mac): RM148 nett
- Dewasa: RM178 nett | Kanak-kanak: RM98 nett | Warga emas: RM148 nett
- Tempahan: 03-7959 9000 (ext:1409) atau WhatsApp 016 220 0397
Royale Chulan The Curve (2 – 29 Mac 2025)
Pelbagai Juadah & Hadiah Menarik untuk Tetamu
Dengan lebih 150 pilihan hidangan di Window Restaurant dan Tiara Rini Ballroom, antara juadah istimewa yang ditawarkan adalah Kambing Golek, Bubur Lambuk, Royale Chicken Rice, Nasi Bekwoh, Apam Balik, dan Dodol. Terdapat juga Kids’ Corner dengan hidangan mesra kanak-kanak.
Lebih menarik, sesi cabutan bertuah akan diadakan setiap hujung minggu bagi para tetamu yang berbuka puasa di sini!
Harga Bufet:
- Promosi Early Bird (sehingga 25 Februari): RM119 nett
- Window Restaurant: RM149 nett (Dewasa) | RM119 nett (Warga emas) | RM99 nett (Kanak-kanak)
- Tiara Rini Ballroom: RM109 nett (Dewasa) | RM89 nett (Warga emas) | RM79 nett (Kanak-kanak)
- Tempahan: 03-7843 1111 atau email [email protected]
Royale Chulan Penang (2 – 30 Mac 2025)
Juadah Istimewa dengan Sentuhan Tradisional
Nikmati lebih 70 jenis hidangan di Sri Tanjung Café dengan menu istimewa seperti Sup Tulang Rawan, Nasi Mandy Kambing, Gulai Kawah Daging Utara, serta aneka kuih-muih tradisional.
Harga Bufet:
- Promosi Early Bird (sehingga 21 Februari): RM100 nett
- Dewasa: RM128++ | Kanak-kanak: RM68++ | Warga emas: RM88++
- Tempahan: 04-259 8888 atau WhatsApp 016 330 3408
Royale Chulan Cherating (3 – 29 Mac 2025)
Bufet Eksklusif di Tepi Pantai
Nikmati lebih 100 pilihan makanan di The Courtyard, termasuk Kambing Golek, Shawarma, aneka kebab, Ikan Bakar Sambal Petai, serta pencuci mulut tradisional seperti ABC, Cendol, dan pelbagai jenis ais krim.
Harga Bufet:
- Promosi Early Bird (sehingga 1 Mac): RM90++ nett
- Dewasa: RM123++ | Kanak-kanak & Warga emas: RM70++
- Tempahan: 09-584 7333 atau WhatsApp 016-2050902 / 016-2059704
Apa Kata Budiey?
Bufet Ramadan di Royale Chulan Hotels & Resorts tahun ini benar-benar menawarkan sesuatu yang istimewa. Dengan pelbagai pilihan menu, konsep yang unik di setiap lokasi, serta kemudahan ibadah yang tersedia, pengalaman berbuka puasa di sini pasti tidak akan mengecewakan. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan enak ini bersama keluarga dan rakan-rakan!