Mastura yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar berkata kata-kata arwah suaminya itu masih jelas di fikiran dan mendoakan Emir mengecap kebahagiaan dalam berumah tangga, termasuk perkahwinannya dipermudahkan.
“Emir, ingatlah pesanan arwah papa. Selama hampir sebulan sebelum arwah papa pulang ke rahmatullah, arwah sering mengingatkan ibu betapa papa ingin Emir mendirikan rumah tangga secepat mungkin kerana katanya, kebahagiaan yang sebenar hanya akan tercapai selepas berkahwin.
“Arwah papa kata Emir tak boleh ‘single’ lama-lama, dan arwah nak buat pelamin Emir dengan reka bentuknya sendiri. Seperti juga yang arwah papa lukiskan pelamin untuk perkahwinan Imar.
“Ibu, ingat segala bait-bait perbualan arwah papa dan ibu itu. Dan memori itu masih jelas di fikiran ibu. Kini, saat itu dah sampai. Ibu akan melaksanakan segala permintaan arwah papa untuk Emir. Moga diizin dan di permudahkan Allah SWT,”
Mastura juga mengingatkan Emir supaya melaksanakan kewajipannya sebagai suami yang baik serta menjaga Mira dengan penuh tanggungjawab selain mendoakan kebahagiaan pasangan itu sehingga ke jannah.
“Antara pesanan arwah papa untuk Emir, jadilah seorang suami yang baik dan bertanggungjawab. Isteri adalah amanah Allah SWT ke atas diri Emir. Perlu disayangi dan dilindungi dengan jiwa dan raga.
“Keluarga keutamaan setiap suami. Berbahagialah dan berbahagialah hingga ke jannah. Ibu adalah antara wanita yang paling bertuah kerana mempunyai suami yang baik. Saya memiliki perkahwinan yang sangat bahagia dan sangat mencintai arwah papa.
“Alangkah baiknya jika dia (arwah) berada di sini untuk meraikan perkahwinan Emir. Percaya kepada ibu, kasih sayang dan semangat arwah papa ada di sini berserta kita. Ia akan berkekalan sampai bila-bila,”
Semalam, Emir dan Mira sah bergelar suami isteri di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, jam 8.58 malam. Pasangan itu dinikahkan sendiru oleh bapa Mira, Badioezaman Ab Khalik.
Wan Mohammad Khair-il meninggal dunia pada 5 Mei 2016 selepas terbabit dalam tragedi nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak bersama enam mangsa lain.
Sumber: Harian Metro