Lagu memori ciptaan sepenuhnya oleh Nik Nabil ini telah mendapat sentuhan susunan dari AG Coco yang juga bertindak sebagai penerbit bersama utk Memori.
Perunding kanan pengurusan di sebuah firma di ibukota ini tidak menyangka hobi kecil-kecilan menggubah lagu dan menyanyinya telah mendapat sokongan padu AG Coco dan krew produksi Kamar Seni, supaya mengorak langkah lebih jauh.
“Menggubah lagu dan menyanyi masih hobi sahaja,selagi ia tidak mengganggu tanggungjawab dan kerja harian. Saya berasa bersyukur kerana berpeluang berkarya,berkongsi Memori kepada yang sudi mendengar. Paling penting, mendapat tunjuk ajar supaya saya boleh memperbaiki diri, mutu lagu dan nyanyian saya,” jelas Nik Nabil, pemuda kelahiran Kuala Lumpur ini.
Sebelum mencuba nasib di bidang seni, Nik Nabil telah mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul Piala Asia Pasifik, anugerah utama di dlm Asia Pacific English Presentation Contest (3rd APEP) di Fukuoka, Jepun. Pertandingan percakapan umum antarabangsa itu telah diadili oleh pemenang anugerah nobel dan wakil-wakil dari institusi pendidikan terulung seperti Cambridge, Harvard dan Stanford.
Memegang ijazah sarjana muda kejuruteraan bioperubatan dari Universiti Malaya, Nik Nabil telah membina karier sebagai perunding perhubungan awam dengan firma tempatan dan antarabangsa dan telah berpeluang bekerja dgn jenama-jenama terkenal dalam automotif, pendidikan, farmaseutikal dan juga hartanah.
Selain dari single Memori yang dijangka siap dicetak April ini, beliau merancang untuk melancarkan muzik video Memori dalam masa terdekat. Menggunapakai konsep fantasi dan sejarah mistik nusantara, ia mengisahkan karektor utamanya yang jatuh cinta dengan seorang gadis bertopeng misteri. Penggambaran berlokasikan latar belakang hutan dan alam semulajadi ini juga menampilkan himpunan kreatif topeng-topeng dan busana bertatah kristal dan batu hiasan, hasil rekaan penyanyi sendiri.