in

Nik Michael Teruja Jadi Juri Dalam Kan Cheong Kitchen

Beliau dibesarkan dalam latar belakang keluarga seorang chef, tak pernah masuk kursus masakan pun, tapi kerana minat dan bakat yang terpendam, telah memberi satu peluang yang besar untuk seorang selebriti chef yang kacak ini. Masakan tidak, ayahnya pernah bertugas sebagai chef di Australia. Beliau lahir pada 19 September 1989. Tidak hairan, pada usia 15 tahun, secara semulajadi lelaki berdarah kacukan Melayu-Inggeris (Australia) ini sudah mencurahkan bakatnya dalam bidang seni kulinari sehingga berjaya bergelar chef selebriti seawal usia 25 tahun. Kini, Budiey dapat tahu Nik Michael sudah memiliki sebuah restoran di Publika, Hartamas yang diberi nama PickNik.

nik-michael-chef

Namanya mulai disebut-sebut semasa beliau menyertai program realiti MasterChef Malaysia musim pertama. Walaupun gagal bergelar juara, namun Nik Michael telah melakar nama dalam bidang pengacaraan apabila mulai mendapat tawaran untuk mengendalikan beberapa program masakan.

Antara program TV yang dijayakannya, Dapur Panas, Hello Bro… Tolong Masak dan yang paling membanggakan apabila Nik Michael menjadi hos program Tea Twist di bawah saluran TV antarabangsam Asian Food Channel (AFC). Anak sulung daripada enam orang adik beradik ini akui, produksi luar lebih profesional berbanding produksi tempatan daro segi masa dan penjagaan makanan.

Antara yang perkara yang perlu dalam bidang kulinari ialah:

1. Food Styling. Seni menghias makanan sangat perlu kerana ia sangat penting dalam menjadikan makanan itu nampak sedap dan lazat serta visual pula nampak cantik di kaca TV.

2. Pandai berkomunikasi. Paling tidak menjadi seorang guru kerana seorang chef perlu pandai berinteraksi dengan baik dengan penonton atau pun anak didik. Kemahiran ini juga penting untuk menjadi program masakan lebih menarik, tidak menjemukan dan penonton akan setia sampai habis rancangan.

Baru-baru ini, Budiey ada bertemu dengan beliau semasa sesi penyampaian hadiah dari Nokia Lumia 1520. Terbaru, Nik Michael Imran telah menjadi juri program Kan Cheong Kitchen. Tahniah Budiey ucapkan. Bukan senang nak jadi juri tapi Nik Michael merebut peluang ini dan mencabar dirinya untuk menjadi sebahagian daripada produk tempatan dan ini satu pengalaman berguna untuk masa depannya.

Mengulas tentang pengalaman menjadi juri, beliau merasakan semua orang boleh memasak. Cuma ilmu dan pengalaman yang membezakan. Dia juga sedar, ada sesetengah orang tak tahu yang dia ada bakat memasak dan tak ada seorang pun yang tak pandai masak.

Kan Cheong Kitchen disiarkan setiap Rabu jam 9.30 malam menerusi 8TV sejak 2 April lalu. Dihoskan oleh Megan Tan dan Prem Shanker, program ini berformatkan santai dan kelakar serta masih mengekalkan konsep setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil sebagai tukang masak dan seorang lagi bertindak sebagai pemberi arahan untuk memasak resepi disediakan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hisyam Hamid & Isteri Dalam Terima Kasih Sayang

Penyanyi Indie Nik Nabil Pertaruh Nasib Dalam Lagu MEMORI