Niezam ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia yakin kerana Nonny tidak seperti apa yang digambarkan dalam Instagram itu.
“Saya tahu mengenai perkara ini selepas melihat di Instagram. Dia bukan seperti itu, Insya-Allah. Saya yakin Instagram Nonny digodam,” katanya kepada Harian Metro.
Niezam berkata, kali terakhir dia berhubung dengan Nonny ialah pada 16 Januari lalu.
“Hari ini saya cuba menghubunginya tapi tak dapat. Cuma pada 16 Januari lalu kami ada berhubung menerusi WhatsApp. Selepas itu kami terus ‘lost contact’. Ketika itu dia okay lagi,” katanya.
Dalam masa sama, Niezam mengakui rindu dengan bekas kekasihnya itu.
“Sebagai kawan yang pernah rapat dan hadir dalam hidupnya, ada sesuatu yang saya nak cakap iaitu rindu,” katanya.
Terdahulu, Nonny mendedahkan perkahwinan yang dirancang bersama Niezam terpaksa dibatalkan.
Nonny memaklumkan perkara itu menerusi Instagram pada 25 Oktober tahun lalu, namun tidak mendedahkan mengenai punca pembatalan itu.
Harian Metro hari ini melaporkan Nonny didakwa mengubah penampilannya kepada tidak bertudung menerusi hantaran di Instagram.
Malah, rakan baiknya, penyanyi Mila Jirin berkata, Nonny mengakui dia individu yang dipaparkan di Instagram itu.
Sementara itu, usaha Harian Metro bagi mendapatkan penjelasan Nonny berhubung perkara itu tidak berjaya apabila mesej dan panggilan telefon tidak berjawab.
*Sumber: Harian Metro