Terlebih dahulu, Niezam atau nama sebenarnya Mohd Niezam bin Mohd Zaidi memohon maaf sekiranya membuat sebarang kesilapan . Malah dia turut memohon maaf tidak dapat membalas kiriman mesej daripada para media dan sahabat-sahabatnya.
Menganggap perkara yang terjadi sebagai satu hikmah, Niezam meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas doa yang dititipkan buatnya. Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi filem Budak Pailang ini berkata dia tidak boleh memberi sebarang komen lanjut mengenai isu penah4nannya.
Rakan Selebriti Titip Kata Semangat
“Alhamdulillah,syukur pada Allah diatas apa yang terjadi & jutaan terima kasih juga pada kalian semua yang selalu mendoakan saya selama ini, semoga Allah merahm4ti kalian
Di ruangan komen rata-rata peminat termasuk rakan selebriti tampil memberikan kata-kata semangat. Antaranya seperti Norman Hakim, Zoey Rahman, Shima Anuar, Siti Fazurina, Syazwan Zulkifly,Remy Ishak, Ropie, Adam Shaz, Ungku Hariz serta ramai lagi.
Komen Netizen:
Dalam pada itu, komen dari Pelakon Terkenal, Remy Ishak juga mencuri tumpuan ramai
“Something big is coming brother. Trust the process. In shaa Allah” nasihat Remy Ishak.
Pada Ahad lalu, Niezam bersama pengarah yang juga anak kepada pelawak veteran Allahy4rham Zami Ismail, Mohd. Latiff Zami, 49 dan pembantu pengarah Saiful Zaidrin Ismail, 47, telah ditahan atas tudvhan memiliki dadah di sebuah rumah di Taman Chandan Putri 2, Kuala Kangsar, Perak.
Pada Selasa,ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini selepas pertudvhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Shazmeer Zamhari.Jika disabitkan bersalah, Niezam berhadapan dengan hukvman penj4ra maksimum lima tahun atau denda maksimum RM20,000 mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berb4haya (ADB) 1952.
Latiff pula did4kwa mengikut Seksyen 6 ADB 1952 manakala Saiful Zaidrin didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta yang sama dan boleh dihukvm di bawah Seksyen 12(3) Akta sama.Sabit kesalahan Saiful Zaidrin boleh dikenakan hukvman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Niezam, Latiff dan Saiful Zaidrin diikat jamin masing-masing berjumlah RM3,000, RM2,600 dan RM3,200 selepas meminta rayuan pengurangan dan kesemua mereka membayar wang jaminan berkenaan.