Usai Pelancaran Album EP Nas Adila, Budiey terus ke Pelancaran Album Nidji – Let’s Play yang berlangsung di Dragonfly, Jalan Kia Peng. Mujurlah, kelab hiburan yang dulunya dikenali sebagai Orange ini berdekatan saje dengan Bangkok Jazz.
Pelancaran ini dibuat sebelum grup yang pernah muncul dengan album Breakthru (2007) dan Top Up (2008) ini beraksi dalam satu showcase yang diadakan di tempat yang sama.
Namun sayangnya, tak ramai peminat yang tahu tentang showcase ini. Promosi kurang.
Let’s Play – buah tangan terbaru dari Nidji ini mendapat sambutan hangat di Malaysia. Sekarang semua dah tahu lagu Sang Mantan. Yelah, apa taknya, selalu dimainkan di radio-radio.
Lagu Mantan adalah single pertama dalam album ini. Sikit sebanyak telah menaikkan lagi populariti mereka.
Sebelum ini, lagu-lagu mereka terkenal dengan konsep lirik lagu yang kontemplatif dan penuh interpretasi. Tapi kali ini Budiey rasa Nidji mahu cuba buat eksprementasi dengan menerapkan elemen lirik yang lebih jujur dan bersahaja. Penghayatan pun nampaknya ada.
Apa itu Sang Mantan?
Kalau ditanya kepada mereka, Sang Mantan bercerita tentang kisah seorang bekas kekasih yang tidak boleh berbuat apa-apa selain dari pasrah, redha dan bertawakkal. Pada lirik lagu ini menceritakan bagaimana dia mengingati janji-janji syurga cinta yang pernah dilafazkan antara sang kekasih.
Semalam, selain Nidji, penyanyi Aizat dan band 6ixth Sense juga turut buat persembahan. Show mereka juga menampilkan Ana Rafalli, Shah dan ramai lagi. Konsert bermula jam 8 malam.
Ini dia vokalis Nidji – Giring. Seorang vokalis yang vokalnya dikira sesuai dengan muzik dan lagu-lagu Nidji. Satu gabungan yang serasi.
Grup Nidji – berasal dari perkataan Jepun yang berbunyi Niji yang membawa maksud pelangi.
Nama yang begitu sinonim dengan jiwa muzik mereka.
Nidji dianggotai oleh Muhammad Andro (bass), Muhammad Ramadista Akbar (gitar), Andi Ariel Harsya (gitar), Muhammad Adri Prakarsa (drum), Randy Danistha (keyboard), dan Giring Ganesha (vokal).
Mereka ini dilihat boleh pergi jauh dalam industri muzik serantau.
Album edaran Universal Music Malaysia ini dah pun berada di pasaran tempatan mulai 17hb November 2009.